Pages

MARI MEMASAK..



Assalumalaikum.. hOho.. hari ni adalah 20 tahun 5 bulan hari?? aku dilahirkan di dunia ini. dan x lpe jgk 9 bulan dalam kandungan ibuku.. Owh i luv my mom. Ya.. dan inilah kali pertama aku masak sendiri.. Eh betul ke aku masak ni.. cm x caye je..hoho. Ya aku memang memasak sendiri dengan bantuan kawan aku di dapur rumahnya.. Jadi kawan2 jom memasak.. Resipi hari ini adalah tomyam... Ya KENAPA tomyam?? kenapa x ayam masak merah? xpn mee hongkong ke... hoho... sebab membe baik aku ni mmg peminat fanatik tom yam...


drpd apa yg aku tau, sejarah tomyam di Malaysia ni bermula bila org2 Melayu dri Selatan Thai dtg ke Malaysia lalu memperkenalkan resepi tomyam kpd penduduk di utara Semenanjung khususnya Kelantan dan Kedah. Dari kedua2 negeri ni la, resepi tomyam tersebar ke seluruh Semenanjung... Resepi tomyam mula diperkenalkan di Malaysia Timur bila ada penduduk Semenanjung berhijrah ke sana... Kini, boleh dikatakan tomyam byk dijumpai di Thailand & Malaysia je.. kt negara Indon atau Brunei mmg x der la,... ;P;P ..

ok2.. aku dah lari tajuk dah ni.. kawan aku dah menyibukdah ni.. haish.. shuh shuh... meh cni aku mau cite camne nk dapt resipinya..
ade 2 resipi yg aku dpt..

Pertama:
aku dpt dr blog ini.. http://yanafia.wordpress.com


Bahan – bahannya :
Note : adjust la bahan ikut saiz hidangan.Ni hidangan utk 2 org…
  • udang/sotong/ayam/daging
  • serai (dititik)
  • tomato (dikisar)
  • bawang besar (dipotong bulat)
  • cili merah (dikisar)
  • cili padi (dikisar dan separuh lagi dititik)
  • daun limau
  • jus limau nipis / limau kasturi (takde dlm gambar..hehehe)
  • cili giling maepranaom (yg dlm tin tu)
  • sos ikan thai (yg dlm botol tu)
Okay…utk cili giling maepranaom tu blh didapati di kedai runcit. Tapi tak tau la kedai2 runcit kat kl ada ke tak. Aku beli dekat Thailand memandangkan kami kerap bershopping kat sana.. =p . dan jangan pula risau kerana ianya produk halal yang mempunyai kelulusan The Central Islamic Committee Of Thailand.
Cara – cara memasak..
  1. Blend tomato sehingga hancur bersama dengan air. Kemudian masukkan dalam periuk.
  2. Blend cili merah dan beberapa biji cili padi dengan air. Kemudian tapis menggunakan penapis yg halus supaya biji2 cili dan hampas2 cili tidak termasuk dalam masakan. Kemudian masukkan hasil tapisan tadi ke dalam periuk.
  3. Masukkan serai & cili hijau yang dititik, daun limau dan bawang besar ke dalam periuk. Didihkan sehingga bau cili mentah hilang.
  4. Setelah bau cili mentah hilang, masukkan udang/sotong/ayam/daging.
  5. Akhir sekali, tambahkan sos ikan thai dan cili giling maepranaom
  6. Tutup api. Perahkan jus limau ke dalam tomyam. (Jgn perah limau ketika api masih ada. Ini akan menyebabkan tomyam pahit..)
Selamat mencuba….
Ha….tomyam hand-made…heee
Close-up
Ready utk di-ngappp
Kedua:
Resipi ni aku dapat dari awek kawan aku.. Namanya Siti Armiza bt. Ramlan.. What a lovely name..
Ok INI yg dia bg msg kat membe aku..
bahan2:
serai 2 batang
tomato sebijik
bawang besar
limau & daun limau
sos tiram???( aku plik nape sos tiram)
kiub ayam
perencah tomyam adabi paket kaler merah..
cili padi...
Dan setelah diteliti bahannya aku telah gunakan cara kedua iaitu dr awek membe aku.. x perlu aku nk kisar..cr bahan pn senang..
mulala aku dan membe ku pergi ke kedai mencari bahan.. 2 3 kali plak tu pegi... ceh.. tu la cili padi kat rumah dah lama kn bli baru.. pastu serai pn lpe bli.. adui..
tapi xpe aku ttp bersemangat waja utk memasak..
Akhirnya setelah memasak.. tambah gula skit, garam n ajinomoto(peringatan jgn gna slalu ajinomoto, ibuku amat jarang gnkn.. x elok utk jangka panjang)..
Ok tom yam pn dah masak.. jom2... mari makan..

0 comments: