Pages

Layout baru... Fungsi baru dan banyak!! sila tengok!!

Assalamualaikum.. Ya sebenarnya da lama saya tukar layout baru.. Layout ini menunjukkan kematangan saya dalam dunia blog ni..ehe..


Ok kawan2.. Jika kawan2 mahu melihat blog-blog yg lain boleh tgk di sebelah kiri layout ini.. Byk blog yg menarik yang anda boleh baca. Saya telah bahagikan kepada beberapa kategori iaitu OH DUNIA, ILMU DUNIA,MOTIVASI DIRI,ISU SEMASA,PERSATUAN & KELAB,KELUARGA,MUSLIMIN dan MUSLIMAH.


Di sebelah kanan layout byk poster dan widget2 yang menarik telah saya letak. Anda boleh mengetahui tarikh islam, waktu solat, mutiara kata islam dan juga menariknya anda boleh mendengar radio di internet.. Buat masa ni radio media prima agak susah utk access tapi radio astro ok..Selamat mendengar.. kalau ade pape nk chat bolehla borak2..saya akan melayan anda.. hehe.

HAH..ini yang penting.. tgk kt atas layout tu.. ala..kat atas tu.. ada icon2.. korang semua boleh klik kat citu.. ada facebook,pictures dan videos.. facebook tu profile saya sebenarnya...n gambar tu adala gambar2 yg menarik saya letakkan dan x lupa video juga..semuanya berkenaan diri saya..

Semoga anda semua berpuas hati dgn layout baru ni.. Terima kasih.

TEAM BUILDING myKKDK 2010



PENGENALAN
“Team Building Culture” merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Kaunseling Dan Kerjaya di bawah Pusat Kaunseling, Universiti Teknologi Malaysia. Program berbentuk motivasi ini diadakan khas untuk ahli-ahli Kelab Kaunseling Dan Kerjaya. Barisan pelaksana dan fasilitator bagi program ini juga terdiri daripada ahli Kelab Kaunseling Dan Kerjaya yang lebih berpengalaman.
MATLAMAT
Program ini adalah bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara ahli baru dan lama serta dapat meningkatkan motivasi diri ahli kelab disamping dapat merapatkan ukhwah dan silaturahim antara semua ahli Kelab Kaunseling Dan Kerjaya.
OBJEKTIF
1              Program ini dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan sesama ahli Kelab Kaunseling Dan Kerjaya.
2              Program ini merupakan proses pendedahan awal kepada barisan pelaksana organisasi Kelab Kaunseling Dan Kerjaya 2010 berkenaan dengan tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh mereka.
3              Program ini juga akan menyediakan setiap yang terlibat dalam organisasi ini dengan segala kelengkapan yang diperlukan.
TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh 5 hingga 7 Mac 2010 iaitu hari Jumaat, Sabtu, dan  Ahad  di Frim,Kepong.

TENTATIF
5 MAC 2010 (JUMAAT)
0800                       : Bertolak
1200                       : Sampai
1500                       : Pasang Khemah
1700                       : Ice Breaking
2000                       : LDK 1
2300                       : Night Walk                         

6 MAC 2010 (SABTU)

0730                       : Senaman
0800                       : Sarapan
1000                       : Treasure Hunt
1300                       : Rehat
1430                       : LDK 2
1600                       : Rehat
1700                       : Riadah
1900                       : Rehat
2100                       : BBQ & Huga-Huga Night


7 MAC 2010 (AHAD)

0730                       : Senaman
0800                       : Sarapan
0830                       : Canopy Walk
1200                       : Check Out
1400                       : Majlis Penutup
1500                       : Balik

 P/S : kepada semua..sesape yang berminat bolehla datang.. Tempat terhad 50 orang sahaja!! sebarang pertanyaan boleh diemailkan kepada kikikas89@yahoo.com. Rugi kepada sesiapa yang tidak pergi. Byk program yang menarik..

ingin lihat peta dan gambar yang menarik lagi?? klik sini..



Cinta Itu Buta??

Selalukan kita mendengar cinta itu buta.. pe tu buta?? adakah tidak mampu melihat mana haka dan batil diertikan begitu?? kalau begitu pastilah itu bukannya cinta org yg beriman.. Hmmm.. aku agak tertarik dengan post terbaru di blog ustaz pahrol mengenai CINTA..


anda semua boleh membacanya disini. 


Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.
Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak… cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itu akan kekal sampai bila-bila… - dari genta rasa

p/s: hmm..kekadang aku juga terpk adakah kita mencintai seseorg hanya kerana nafsu,ske2 ataupun berbagai lagi alasan yg diberikan. Ingat cinta yang kekal cinta yang ada tujuan. Jika aku mencintai seseorg aku mencintainya kerana tujuan untuk hidup bersama membimbing anak-anak dan menjaga segala hukum-hakam yang Allah tentukan. Ingat!! Walaupun niat itu ada kerana Allah tetapi kekadang kita alpa dan kecuaian membuatkan kita terbabas. Untuk mengelakkan benda seperti begini perlulah kita sentiasa bermusahabah sendiri. Jika kita melakukan kesilapan cepat2 lah kita bertaubat dan jangan ulangi KESILAPAN itu semula. Moga diri kita diberkati Allah. InsyaAllah.

Rahsia Tarikh Lahir.. Ok KE??

Dr. Azizan Osman?? sapa dia ni?? hari2 aku nampak dia kat metro la, tv la... pergh.memang gempak sih.


mamat ni memang meletup.. dia famous sebab rahsia tarikh lahir.. korang taw x?? Ala.. yg kira tarikh lahir tu..


tapi kan korang perasan x.. senang kan korang bagi duit kat dr. ni semata2 nk blaja ni.. hehe pendapat je..


DrAzizanOsman
azizan osman


ok ni aku ambik dr blog catalog blog.. agak menarik kupasan yang diberi


How this guy make money? Dengan bagi seminar lah..Tapi kan seminar dia “free” untuk 100 000 orang ? Hehe..jagan lupa..kan dia ada cakap small charge rm50 sorang. Nak cover kos pengurusan la katanya… 100 000 x rm50 = rm5 000 000 !!! Kos pengurusan apa nya? Kat sini la trick nye..dia create satu “suasana” yang membuatkan anda semua rasa seminar ni berbaloi dengan hanya rm50 sahaja compare dengan original price rm4 ratus lebih tak silap..harga ni dia letak jer supaya nampak banyak jimat..

So apa kebende nye seminar dia ni? Sama tak macam seminar motivasi diri? Seminar mengenal kebolehan diri yg belambak kat tempat lain? Setakat rahsia tarikh lahir..hishhh…langsung tak masuk akal bagi saya..macam tilik nasib plak..orang tu berjaya ke tidak..takde kene mengena dengan tarikh lahir lah. Betol tak? Kena ada usaha, komitment, strategi dan ada “contact or connection” yang kuat itu plus point la.

Mission dia saya nampak –> nak capai rm5 million ..cost –> iklan newspaper, tv maybe dalam rm200 000 la kot…dia kecoh kan satu Malaysia dengan seminar dia..ramai yg rasa tak kesah bayar rm50 sebab “nampak” murah…MISSION ACCOMPLISHED!

Sapa-sapa pon boleh buat..kalau anda ada kepakaran dalam sesuatu..macam Dr. Azizan Osman ni pakar dalam motivasi…benda da lapok ..tapi dia berjaya rebranding kan seminar motivasi ni..anda pon boleh buat macam dia ni..Cara marketing tu penting…tgk la gambar iklan dia ni..mmg berjaya men psycho kan kita dan create satu perasaan ingin tahu..Padahal Dr Fadilah Kamsah dah lama duk bagi motivasi kat kita hari2 free plak tu…cuma dia tak buat marketing maut macam si azizan ni..


p/s: secara jujur aku sendiri agak tertarik dengan rahsia tarikh lahir ni.. tapi minda aku ni bukan senang dpt ditipu atau dipengaruhi.. namun begitu aku tetap pergi ke seminar ini utk mempelajari ilmu.. kita ambik la yang jernih dan buang yang keruh..


takkan korang tak perasan, dalam tarikh lahir dia ada pola sebagai manipulator. Dan apabila digabungkan pola nama dan tarikh lahir, karakter sebagai manipulator nya sangat kuat!! Apa guna korang belajar rahsia tarikh lahir kalau tak boleh baca dia?? Kalau nak tuntut ilmu cari lah cikgu yang betul...


Dalam dunia ini, ramai orang akan cakap sesuatu tu kebetulan, sebab dorang tak tau apa nak explain fenomena tu. Tapi yang orang kata kebetulan itu yang kita kaji. Satu perkara tu boleh jadi nasib dan tidak nasib bergantung pada EFFORT.


Ingat "Setiap yang KAMI jadikan itu ada ukurannya". Contoh baling dadu, jika pertama kali dia baling dadu dan dapat 5 titik, kita boleh kata nasib, tapi jika dia hari2 praktis baling dadu dengan ukuran tenaga tertentu ia tak dikira nasib, sebab ada EFFORT. Baling 10 kali, mungkin sekali silap dan 9 kali tepat Smile latihan-demi-latihan atau kajian dibuat berterusan untuk memastikan ketepatannya...


WALLAHUALAM


apa2pn yg penting bersederhana la dalam semua perkara.. jgn kita terlalu leka dan lupa hanya Allah sahaja yang mempunyai kuasa ats segalanya.. bagi aku elok pergi seminar ni janji jgn taksub dan percaya sgt.. ikut apa yg aku perhatikan pn betul dalam lingkungan 80%. Ilmu tetap ilmu.. semoga kita berjaya kelak.. itu semua atas usaha kita sendiri. mengenali potensi diri hanyalah satu permulaan bagi kita.. Ianya belum cukup untuk membuatkan kita berjaya. usaha dan tawakal je yg penting.. ok zaki!! kembali kepada realiti.. study2 kalau nak berjaya.. tak guna kalau tahu potensi diri tapi xde usaha..kan2..

Apa Itu Cinta?

Cinta adalah salah satu sumber kekuatan unik dalam diri manusia. Ia menjadi tenaga penggerak hati dan jiwa yang akan menghasilkan sikap, perbuatan dan perilaku. Cinta boleh diungkapkan seperti yang ada dalam sajak dari filem laris indonesia, Ketika Cinta Bertasbih:

Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.

namun begitu, cinta juga boleh menjadi sebaliknya.

Seperti sabda Rasulullah saw. hati itu bersifat seperti bulu yang terumbang-ambing oleh angin yang berputar-putar. Sebagaimana amal-amal dan perilaku kita yang sentiasa bersumber dari niat dan motivasi di dalam hati, maka cinta pun sentiasa wujud dengan dasar niat yang beraneka rupa. Ada cinta yang tulus, penuh kerelaan. Namun ada pula cinta yang penuh duri dan racun. Ada cinta yang merupakan buah keimanan dan ketaqwaan. Namun ada pula cinta yang berlandaskan nafsu hina. Bagi seorang muslim dan beriman, cinta terbesar dan cinta hakiki ialah cinta kepada Allah.

Bentuk cinta dapat kita wujudkan dalam berbagai rupa tanpa batas ruang dan waktu dan kepada siapa atau apa saja asalkan semuanya bersumber dari kecintaan kita kepada Allah dan mengharapkan keridha-Nya.

Mungkin boleh dikongsi bersama mutiara kata ini daripada Hamka..

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Hamka
p/s: aku mengejar cinta bukan kerana nafsu.. aku mengejar cinta utk kebahagiaan dan demi Allah. Moga dipermudahkan.

LA TAHZAN

 

Assalamualaikum.. Hari ini aku ingin cite skit pasal kesedihan.. Tetiba la plak minggu ni agk emotional skit.
Ye mungkin silap aku. Setiap manusia itu akn alami kesedihan.. Ya tapi aku akn cuba sentiasa berfikiran positif. Mungkin pepatah ini sesuai bagi aku.. 'bahawa hujan lebat itu datang utk memberikan kita pelangi di hujung sana'. Pengalaman demi pengalaman akn membuatkan kita menjadi lebih matang.

Jadi ada beberapa tips yg mungkin boleh aku kongsikan dgn korang bila berhadapan dengan kesedihan. Tapi sebelum itu tetapkan niat dan sentiasa yakin kepada Allah.

Ini tips nya:
1) sentiasa ingati Allah

2) banyakkan membaca al-Quran

3) kalau boleh wat solat tahajjud.

4) muhasabah diri

5) sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

6) sentiasa berfikiran positif.

p/s: nampak cam senang kan.tapi hakikatnya agak susah utk kita istiqamah dalam benda ni.
(aku seorg yg flexible. jika ada sesiapa yg ingin menegurku amat dialukan. aku akn cuba terbaik utk berubah. maafkanku pada kesilapan ku.)

NAZREY JOHANI TOUR De TAHFIZ CONCERT



~MARI BERHIBUR SAMBIL BERAMAL~

Konsert ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu pembinaan SEKOLAH TAHFIZ BAYU SYAHADAH di Ranau, Sabah iaitu tempat kelahiran Ustaz Nazrey Johani. Beliau merupakan pengerusi projek pembinaan sekolah tahfiz ini. Bagi maklumat lanjut sila layari :
http://nazreytahfizsyahadah.blogspot.com
/

Pembelian tiket adalah termasuk sumbangan yang akan dikumpulkan bagi projek ini. Warga luar kampus turut dijemput hadir.

Bagi pembelian tiket, anda boleh membuat tempahan melalui hidayah @ saiful amri.
InsyaAllah tiket konsert amal ini juga boleh dibeli di booth2 yg akan dibuka bermula 22 februari 2010.
Lokasi booth akan diberitahu kemudian. Syukran!

~MARI MELABUR BAGI MENDAPAT SAHAM DALAM KEHIDUPAN Di AKHIRAT KELAK~ ;)

p/s : Jom ramai2 pergi ke konsert nasyid.. Banner ni da bape kali aku tukar... 6 kali kot rasanya.. Fuh..pnat2....