Pages

Pembantut Kematangan

Terjumpa satu artilek yang menarik.

Sumber: http://ms.langitilahi.com


Bilakah kamu hendak melihat dunia dan akhiratmu dengan serius wahai pemuda pemudi? ~ picture by 5letters of deviant art

Bilakah kamu hendak melihat dunia dan akhiratmu dengan serius wahai pemuda pemudi? 

Hari ini jika memerhatikan dengan lebih teliti, maka kita akan perasan betapa kematangan telah semakin memudar dari kalangan remaja dan pemuda kita. Perkara yang sama juga berlaku kepada remaji dan barisan pemudi.

Kebanyakannya, masa muda dihabiskan dengan kerseronokan dan hiburan semata-mata. Bermain-main dan bersenang lenang bersama teman sahaja. Masa dan waktu dibazirkan begitu sahaja. Tenaga dan kudrat tidak disalurkan pada tempat yang sepatutnya.

Kematangan yang telah pudar, membuatkan kurang yang merasakan tanggungjawab untuk mewarisi kepimpinan hari ini bagi melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Hakikatnya, perkara ini menggusarkan.

Siapakah yang terfikir, betapa pemuda pemudi hari inilah yang mencorakkan masyarakat masa hadapan? Maka kegusaran yang ada pada diri saya ini sepatutnya wujud di dalam diri mereka.

Terperangkap di dalam zon yang selesa

Penyebab utama mengapa kematangan terbantut adalah kerana pemuda pemudi kita hari ini telah diperangkap di dalam satu zon yang selesa. Ini membuatkan akal mereka tidak mampu berfikir di luar kotak kehidupan mereka.

Pemuda-pemudi hari ini hidup di era keamanan dan kedamaian. Mereka dipimpin dan telah meletakkan diri mereka untuk menjadi pengikut sepanjang masa. Mereka tidak pernah hendak memecahkan kerangka ‘pengikut’ itu untuk menjadi seorang ‘pemimpin’.

Tempat belajar disediakan, kerjaya disediakan, makan minum disediakan, duit disediakan, dan keamanan serta kedamaian bersama kemakmuran juga tersedia di hadapan mata. Tidak menjadi masalah untuk mereka dan tidak perlu bagi mereka bersusah payah berfikir itu ini untuk mendapatkan semua.

Akhirnya, keselesaan ini yang mengabui mereka untuk berfikir panjang, dan menyedari bahawa satu hari nanti, akan tiba waktunya untuk mereka pula mengganti kepimpinan hari ini, dan menyediakan semua itu kepada anak-anak zaman hadapan pula.

Persoalannya, apakah dengan ketidak sedaran hari ini, kita mampu memberikan yang terbaik kepada anak-anak masa hadapan? Bilakah masa kita untuk bersedia memberikan yang terbaik sekiranya kita baru sedar ketika mendapat tanggungjawab nanti?

Kematangan hadir dengan memecahkan tembok masa hadapan

Hari ini, mungkin kita tiada tanggungjawab sebagai bapa atau ibu untuk mencari duit menyara anak-anak dan menjaga makan pakai mereka.

Hari ini, mungkin kita bukan pemimpin negara yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara, mentadbir dan menguruskan negara bagi menyediakan suasana yang terbaik kepada masyarakat dan kehidupan termakmur buat mereka.

Dan banyak lagi contoh tanggungjawab. Paling kurang, kita perlu memimpin diri sendiri di dalam arus perdana hari ini. Memimpin keluarga agar menjadi keluarga yang baik di dalam arus globalisasi hari ini.

Ketiadaan tanggungjawab-tanggungjawab itu pada kita hari ini, menyebabkan kita alpa dan leka, lalai dan rasa hendak bermain sahaja. Maka akal kita tidak berkembang untuk mencari pengalaman, menambah pengetahuan, bagi mempersiapkan diri agar berada dalam kondisi yang terbaik ketika kita benar-benar memegang tanggungjawab nanti.

Maka terjadilah penurunan kualiti saat kita benar-benar perlu melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab tadi. Kerana apa berlakuknya penurunan kualiti ini? Kerana kita hakikatnya tidak bersedia sedari awal.
Saat memegang tanggungjawab, baru hendak bersedia. Selama ini, kita asyik memandangnya sebagai ‘perkara maasa hadapan’.

Sekiranya kita sedari awal memecahkan tembok masa hadapan ini, kematangan itu akan hadir di dalam diri. Kita akan berfikir sebagaimana orang dewasa berfikir. Kita akan rasa ralat dengan waktu-waktu yang terbazir, dan kita akan serius menambah pengetahuan serta menajamkan pemikiran bagi mempersiapkan diri di dalam kondisi terbaik untuk memegang tanggungjawab yang akan kita pegang nanti.

Mereka itu matang

Di sinilah kita lihat perbezaan antara kita dengan kanak-kanak di zaman Rasulullah SAW dan zaman terdahulu sebelum kita.

Sebagai contoh, Abdullah ibn Umar RA adalah seorang kanak-kanak di zaman Rasulullah SAW. Tetapi direkodkan bahawa dia telah mengikuti majlis-majlis bersama dengan para sahabat besar sedangkan usianya ketika itu masih kecil.

Hal ini direkodkan apabila Abdullah ibn Umar RA sendiri meriwayatkan bahawa: “Pada suatu hari, aku mengikuti sebuah majlis Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanyakan akan sebuah pokok yang mempunyai persamaan dengan orang yang beriman. Aku tahu akan jawapannya, tetapi aku jadi malu untuk menjawab kerana menghormati orang-orang yang lebih tua yang berada di dalam majlis itu. Akhirnya Rasulullah SAW sendiri menjawab soalan baginda tadi. Ketika dalam perjalanan pulang, aku menceritakan kepada bapaku(Umar Al-Khattab) bahawa aku mengetahui akan jawapannya semasa Rasulullah menyoal tadi. Bapaku berkata: Aku akan menjadi sangat gembira, sekiranya kau menjawab tadi” Riwayat Bukhari di dalam Kitab Adab Wa Ar-Riqaq.

Contoh yang lain, adalah Usamah bin Zaid RA. Direkodkan bahawa ketika dia berumur 18 tahun, dia telah diangkat untuk menjadi seorang jeneral yang menggepalai tentera menentang Romawi. Lebih mengkagumkan, pada usianya 19 tahun, dia berjaya menewaskan Romawi dengan kejayaan.

Contoh yang lain lagi, adalah Muhammad Al-Fateh. Direkodkan bahawa ketika dia berumur 23 tahun, dia berjaya menumbangkan Konstantinopel. Direkodkan juga, dia pernah diangkat menjadi Sultan ketika berumur belasan tahun, apabila ayahnya, Sultan Murad mengambil keputusan meninggalkan kerajaan bagi menjadi ahli sufi. Hal ini menyebabkan berlakunya kekacauan politik angkara orang-orang tua di dalam kerajaannya. Pada umur yang semua itu, dia berjaya memanggil ayahnya semula bagi memimpin kerajaan dengan kata-katanya yang bersulam kematangan yang amat masyhur di dalam sejarah:
“Wahai Ayahanda, sekiranya ayahanda masih merasakan bahawa ayahanda adalah Sultan bagi kerajaan ini, maka pulanglah. Sekiranya Ayahanda benar-benar telah menyerahkannya kepadaku untuk menguruskannya, maka dengan ini aku arahkan Ayahanda untuk pulang dan memimpin kerajaan ini!”
Dan di manakah kematangan kita hari ini jika hendak dibandingkan dengan mereka?
Di manakah hakikatnya perbezaan antara kita dan mereka?
Sepatutnya kita perhatikan dan memikirkannya.

Penutup: Melepaskan diri dari kebantutan kematangan

Matang adalah indikator terpenting dalam memandu kehidupan kita ke arah kehidupan yang terbaik. Tanpa wujudnya kematangan di dalam diri, maka kita hanya akan menghalakan kehidupan kita semata-mata ke arah keseronokan. Matang adalah pemandu sebenar yang terbaik dalam kita membuat keputusan.

Kematanganlah yang menghalang kita dari nmelakukan perkara yang sia-sia dan merosakkan. Kematanganlah yang menjadikan kita mampu memacu kehidupan diri ke arah terbaik dan memandu pula masyarakat sekeliling ke arah kebaikan.

Yang tidak matang hanyalah akan menjadi pelawak di dalam kehidupan insan, yang membawa dirinya ke arah kehancuran. Yang tidak matang hanya akan menjadi hamba dan bahan permainan. Kita akan tertipu, tertipu dan tertipu sepanjang hayat.
Maka sewajibnya kita menuntut kematangan ini agar wujud di dalam diri.
Bukan sekadar membiarkannya dan tidak kita perolehi.
Sedangkan perkara ini adalah teramat penting sekiranya kita adalah orang yang memerhati.

Non-Muslim Tak Boleh Masuk Masjid??

Sekarang ni kecoh satu malaysia isu non-muslim x boleh masuk masjid. Betul ke? Antara beberapa sebab tidak boleh masuk kerana orang kafir dianggap tidak suci dan berpakaian tidak sopan. Tapi..... orang cina yang wat masjid boleh pulak masuk? orang cina yang letak carpet utk muslim sembahyang boleh pulak masuk? orang cina yang baiki elektrik boleh pulak masuk? hmmm. pelik pelik.. kalau gambar kt bawah ni amacam plak? mana lagi sopan? jeng jeng..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigaHAbDrM3pgrcEoBaW8bSVp419W1MkaA-Crs8_AcL_rtFjEOuEm7d26XikmJzDg8TWaAm6Eo7oT1Q0NXsVsjz3OEwj15rI4w69XNQMeReYQjHHD5rGc-WYJpw-QfalkHWvGXDyqjuyLM/s1600/47963_1556148753079_1516023991_1389916_4893531_n.jpg

bak kata tuan guru nik aziz;

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya.

Mungkin jawapan yg lebih jelas adalah disini:

Part 1


Part 2


Part 3

SEBARKAN!!

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :- 


1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe 

Restoran berikut t elah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran  

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express 

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. 
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. 
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.  

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja . 

  4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha.  Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.   Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu. 

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus. 

 8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM . 

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM. 

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.


DOES GOD EXIST?

Cinta berlandaskan syarak?

Video yg menarik. Cinta dasar Islam

Sayang Kawan Perempuan, Tinggal-tinggalkan

Sayang Kawan Perempuan, Tinggal-tinggalkan
www.iluvislam.com
Oleh : Fakhrul Radzi
Editor : almusafirq8




"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua?
Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."


***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL***
 
 
 
"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."
 
"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".


**** PENONTON TERCENGANG! ****
 


"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah...
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"

"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"
 
"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
 
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".
 
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya".
 
(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
 
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
 
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".
 
"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".
 
"Kalau jawab ikut ‘exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".

Cakap-cakap orang...
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
 
"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya'...
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".
 
"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"
 
"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go' ".

Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping."
"Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..."
"Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..."
"Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu."
"Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."
 
" EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "
"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.
Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.
 
Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.
Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "
 


**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****
 
"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?"
" Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"

(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )


**** TUKAR CHANNEL BALIK ****
 
"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
 
6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).
 
"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."

 
**** BLACKOUT, TUTUP TV ****
 

Hidup tanpa Teman Wanita?


Perlukan teman? Sudah bersedia menampungnya ke syurga? Sudah berusaha untuk bersamanya membina dunia? ~ picture by aglayan-agac of Deviant Art

Perlukan teman? Sudah bersedia menampungnya ke syurga? Sudah berusaha untuk bersamanya membina dunia?
Saya terfikir sesuatu.
Ini boleh dikatakan idea lama yang saya baharukan.
Sengaja mencari kelainan.
Bagaimana agaknya kalau jiwa meronta mencari teman? Namun sejauh manakah dia meletakkan akalnya di atas neraca keimanan di tengah kegelisahan?
Satu perkara menarik, untuk diberikan pandangan.
Saya perlukan teman wanita, maka di manakah penyelesaian?

Rontaan jiwa

Aku perlukan teman wanita.
Aku rasa sunyi. Aku rasa sepi. Aku mahu ada teman yang ada di sisi. Yang boleh diajak berkongsi itu ini. Yang sentiasa ada ketika aku memerlukannya. Yang mencari aku ketika dia pula yang memerlu.
Aku ingin ada teman, yang sentiasa tersenyum dengan senyumanku. Yang berkongsi air mataku. Yang mendamaikan jiwa laraku. Yang menghapuskan gelisah hatiku.
Badai hati tidak terkata. Gelora jiwa sangat terasa. Sukarnya hidup berseorangan sahaja. Kala cabaran-cabaran datang menerpa. Mungkin sahaja diri akan tumbang. Seandai teman di sisi tiada.
Rasa diri ini sudah besar.
Rasa diri ini perlukan teman.
Cinta membuak-buak. Syara’ perlu dijaga. Maka aku inginkan teman. Biar diri tidak tercela.
Resah, gelisah, berpusing-pusing payah.
Siapakah yang mendengar suara hatiku?
Bantulah aku!

Muhasabah hati

Pause.
Wahai jiwa yang meronta. Aku hati memahami. Kondisimu yang tersepit ini aku juga merasai. Tetapi bukankah lebih baik kau tidak menyempit diri. Pandanglah dengan keluasan, apa kau telah bergerak dengan kesediaan?
Kau kata perlu teman. Apakah atas dasar nafsu atau memenuhi tanggungjawab Tuhan?
Kau bicara kau perlukan teman, mengisi kekosongan hidup dan membuang kelaraan. Tetapi apakah kau telah bersedia mempersiapkan diri untuk membawanya ke syurga, dan dari neraka menjauhkan?
Kau bising akan kesunyian, kesepian, itu aku memahami. Resah gelora gelisahmu itu bukan satu tipuan, itu aku tahu.
Cuma, dalam ketergesaanmu menuruti jejak kegelisahanmu itu, bukankah sepatutnya kau memandang dengan keluasan.
Bukanlah menjemput teman wanitamu itu, sekadar menyelesaikan masalahmu.
Tetapi ia juga menjemput banyak masalah dan tanggungjawab baru.
Memimpin manusia ke syurga, menjadi contoh 24 jam tanpa wujud kerehatan, mencari nafkah membina keluarga, mentarbiyah teman wanitamu itu ke jalanNya. Dan banyak lagi yang mungkin kau tidak terfikir dan jangka.
Apa, kau fikir dengan wujud teman wanitmu di sisi, maka hidupmu telah berakhir?
Tambah sedih kalau kau inginkan teman wanita dengan cara yang illegal di sisi Allah SWT.

Kadang-kadang kita lupa

Play.
Kadangkala, kita lupa akan tanggungjawab.
Berkahwin atas dasar nafsu semata memang akan wujud kerapuhan. Walaupun mungkin jalan yang diambil adalah syara’. Asas binaan terhadap rumah tangga bukan hanya perkara-perkara teknikal semata. Tetapi juga niat dan matlamat, kefahaman da kejelasan apakah erti membina keluarga.
Ramai orang menterjemah nafsu. Pada saya, hendakkan teman itu sahaja sudah satu nafsu. Tidak semestinya seks sahaja dikategorikan di dalam nafsu.
Ramai orang menterjemah kerapuhan rumah tangga. Pada saya, tidak mendidik anak dengan baik ke arah Islam, atau tidak berusaha membawa keluarga menjadi hamba yang diredhaiNya, itu sahaja sudah satu kerapuhan rumah tangga. Tidak semestinya perceraian atau pergaduhan suami isteri sahaja dinamakan kerapuhan rumah tangga.
Perkahwinan yang baik, rumah tangga yang baik, adalah apabila seseorang itu memahami apakah tujuan rumah tangga itu dibina, dan apakah sumbangan sebuah rumah tangga kepada ummah. Di sinilah dia akan melihat betapa tanggungjawabnya, lebih besar dari nafsunya. Di situlah, nafsunya akan dikekang kuat, agar dia sekurang-kurangnya berusaha untuk bersedia memikul tanggungjawab tadi.
Perkahwinan, rumah tangga, bukan isu personal sebenarnya. Ia adalah isu ummah. Batu-bata ummah adalah rumah tangga-rumah tangga. Sekiranya institusi rumah tangga ini hancur, maka rapuhlah ummah. Dan hakikat bahawa batu-bata bagi rumah tangga pula adalah individu, bukan boleh dielakkan. Justeru individu perlu memerhatikan perkara ini dengan serius. Kerana hal ini adalah tanggungjawab.
Bukan hanya tahu melayan gelora jiwa. Bukan hanya pandai berasa hati.

Penutup: Bukan isu menunggu sempurna. Isu merasa tanggungjawab dan berusaha

Kalau nak tunggu sempurna, memang sampai ke sudah kita tak akan berkahwin. Atau yang berkahwin silap haribulan akan rasa nak ceraikan pasangannya sahaja.
Manusia, memang tak akan sempurna. Berulang kali saya ingatkan.
Tetapi manusia boleh berusaha untuk bergerak ke arah kesempurnaan. Sekurang-kurangnya, jika dia tidak menjadi sempurna pun, dia adalah hampir kepada sempurna.
Apa yang cuba dihighlightkan di dalam artikel ini adalah ‘tanggungjawab’.
Kadangkala remaja gelora jiwanya besar. Tahu nak kahwin aja. Perancangan tak ada. Kefahaman tak ada. Rasa tanggungjawabnya rendah. Disiplin diri tidak dibina. Peribadi tak dilatih. Akhirnya yang terlahir hanyalah rumah tangga yang tidak mampu menyumbang secara maksima untuk kegemilangan Islam. Ini sepatutnya diperhatikan dengan serius, jika benar kita hendak mengembalikan Islam sebagai pemerintahan dunia.
Di sinilah bicaranya.

Rasa perlukan Teman Wanita?

Boleh fikir panjang sikit.

credit to: http://ms.langitilahi.com/

Pelindung Vs Perosak

Pelindung Vs Perosak
www.iluvislam.com
Oleh: Farhana
Editor: Rasailul Ashwaq



Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.






Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?


Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.


Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another. Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah? 


Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa ‘enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?


Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!


Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!


Wahai 1ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!


Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...


Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar? 

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?

Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan 2husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah? 

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?




Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?"


(Hadis riwayat lmam Muslim)


Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halalkan'? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.


Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.



Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.





Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"


Aku menjawab, "Ya, benar." 

Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."


(Hadis riwayat Imam Ahmad)



Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.





Glosari

1 Ar-rijal: Lelaki, pemuda.
2 Husnul khatimah: Pengakhiran yang baik.

Kalau kita boikot google, Apa alternatifnya??

Kadang2 kita selalu melihat orang ramai menggunakan google sehinggakan muncul istilah 'googling' dalam perbualan seharian. Ianya seperti colgate dimana kita membeli ubat gigi jenama lain namun masih disebut colgate ataupun maggi walaupun membeli mee goreng jenama adabi. Kat sini ingin diperkenalkan 3 enjin carian yg cool dan lebih menarik daripada google.

1. Taqwa.me – enjin carian Islam

taqwa.me


Taqwa.me ialah enjin carian baru dengan tagline “the conscious search engine”. Taqwa berfungsi seakan-akan search engine lain seperti Google tetapi dengan sedikit sentuhan islamik, yang membezakan taqwa dengan search engine lain.

taqwa.me[5]

Antaramuka taqwa sangat ringkas, hanya menampakkan kotak carian dan background wallpaper, ala Bing. Selain itu, taqwa juga mempunyai fungsi untuk flag hasil carian yang anda jumpa. Katakan link website yang serp (search engine result page) itu mengandungi unsur 18+, anda boleh flag pada butang Haram. Dan jika link website itu betul2 bersih, anda boleh click pada butang Halal.
Tujuan fungsi ini ialah membantu menapis link2 yang tidak bersih daripada hasil carian enjin taqwa, sekaligus membantu pengguna dalam menjauhkan diri daripada melakukan maksiat mata.
Link: Taqwa.me

2. Wolfram Alpha

wolfram alpha

Wolfram Alpha ialah search engine yang berfungsi untuk memaparkan data mengikut query yang masukkan, dan ianya jauh lebih versatil berbanding Google jika digunakan untuk tujuan research dan akademik.
Sebagai contoh, saya memasukkan query 3x^5-5x^3+x+m ke dalam kotak carian dan result akan dipaparkan dalam masa kurang 1 saat. Query yang saya masukkan ialah soalan matematik dan memerlukan penyelesaiaan yang panjang dan rumit.
Dengan Wolfram Alpha, soalan matematik tahap tinggi ataupun soalan2 berkaitan sains, kejuruteraan etc boleh diselesaikan dengan mudah. Ini kerana Wolfram Alpha boleh memaparkan jawapan kepada soalan yang anda masukkan beserta graph serta jalan kira, lengkap dalam masa beberapa saat sahaja.
Link: Wolfram Alpha

3. TinEye – reverse image search

TinEye ialah enjin carian untuk mencari sumber asal bagi gambar yang telah diedit, seperti penambahan watermark, superimposed dan sebagainya. Ia juga berguna untuk anda mencari gambar asal yang dalam resolusi tinggi dan bukannya gambar yang telah di-cropped atau telah di-resize.
Sebagai contoh, saya memasukkan gambar superimposed ini ke dalam tineye, dan tineye berjaya mencari gambar asal yang belum diedit, sungguh cool.


tineye reverse image search
Link : TinEye – reverse image seach

credit for jom php.com..

Gelagat-Gelagat Manusia Waktu Ramadhan

Assalamualaikum.. Fuh!fuh! tiup skit habuk2 kat blog ni.. Da LAMA X DIUPDATE. Akhirnya tuan empunya tetiba update plak. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati nikmat Allah. Masih lagi bersyukur dpt lg menghirup udara yang nyaman dan yang paling penting kita semua sihat walafiat. (cehwah da cam pembuka kata tazkirah)

Tanggal 1 Ramadhan 1431 hijriah ataupun 11 Ogos 2010 bermulala umat islam menjalankan ibadah berpuasa. X lpe jugak warga UTM yg juga merasai kehangatan ramadhan kali ini juga.(termasuk diri aku skali la). Banyak perkara yg berlaku sepanjang ramadhan ni terutamanya rutin harian kita.. Mula2 hah korang tengok dari segi tido. Da mula da semua orang bangun awal pagi walaupun tido lewat ape pun. Sebab apa?? ini istilah ni wujud waktu ramadhan je. (muslimin dan muslimat dikecualikan sebab dorang slalu puasa sunat) SAHUR!! tipula korang first day x bangun sahur. mesti bangun punya.semangat punya nak puasa kan..(erkk..ok aku x sahur first day..bgn pkul 6.30 pagi.. hah x batal puasa k.. niat sebelum tido tu penting!!) Sama gak la korang bila bukak semester satu minggu tu semangat gi kelas..siap awal plak tu.. bese budaya malaysia (ooppss.. kn tambah da skrg..budaya SATU MALAYSIA..hmm.. YADIM pun wat jelajah satu malaysia..hmm..lyn2..)

Tapi yang paling aku suka adalah waktu SUBUH. Masjid yang dahulunya satu saf da jadi 4 saf.. Alhamdulillah. surau pun yg jadi 2 saf..jadi 2 saf jugak... yg lain gi masjid kot..hehe (aku pun kekadang je pergi..ni nak tegur diri sendiri gak ni..) Tapi masalahnya pas subuh bermulalah semua pakat tido lama2.. Ini yg x betul ni..ade yg bgn pkul 11..pkul 10..pkul 9.. kelas x pergi. banyak berlaku waktu first day..Alasan?? besela bro..kejutan budaya..cehwah. Tapi Alhamdulillah makin berkurang selepas tu.(harapnye..aku x wat kajian..coursemate2 aku semua baik2..haha.puji..puji..kn puji dorang)

Di siang hari bermulala alkisah gelagat2 manusia.. ade yg cam bese je..(cam akula..cehwah), ada yg jalan kepenatan, ada yg kt bibir mengucap-mengucap..igtkan berzikir ke.rupanya LAPAR!LAPAR!LAPAR! haish!! siku kang dorang ni.. macam-macam..

T/hari pulak mulala masyarakat non-muslim berpusu-pusu kt SUB(kedai makan) menjamu selera.. Aku tengok terkebil-kebil..bau oh..sedap..ade yg org lain terliur-liur..haha. rilex bro..dugaan tu .. hehe.kekadang aku ske ramadhan sebab ade bermacam jeni juadah di waktu apa?? kengkawan jerit skrg!!! BAZAR RAMADHAN!! terbaik punya. aku masih lagi igt post membe aku kat facebook yg berbunyi..(korang dgr bunyi x? ok x dgr..fine!!)

PUASE bukan setakat sebab air tebu, ayam percik, ayam golek, ngan otak2 je. Tapi puase sebab nak Allah SAYANG kite. :)

So korang..igt tu!! tapi memang best pun bazaar..nyum.nyum.. Kat sini aku nak share sesapa yang duduk lembah klang..ada satu blog pamer bazar2 yg best kt lembah klang. nm blog tu PRAMKL >>>>> klik sini

OK esok kuarga aku gi berbuka bufet kt tropicana golf resort damansara..arghhhh nak gi gak!! pesal la UTM ni kt JB bukan kt KL.



Ok lepas tu da berbuka.. da kenyang..aku pun kenyang.. Selamat berbuka.. Ni ade video..DGR SMPI HABIS!! Bukan lagu je.. sampai yg tgh2 korang akn dengar satu ucapan yg lawak dan terharu.




Moga kita semua dirahmati Allah.. Jumpa lagi di next post... Adios.. Assalamualaikum