Pages

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Pembantut Kematangan

Terjumpa satu artilek yang menarik.

Sumber: http://ms.langitilahi.com


Bilakah kamu hendak melihat dunia dan akhiratmu dengan serius wahai pemuda pemudi? ~ picture by 5letters of deviant art

Bilakah kamu hendak melihat dunia dan akhiratmu dengan serius wahai pemuda pemudi? 

Hari ini jika memerhatikan dengan lebih teliti, maka kita akan perasan betapa kematangan telah semakin memudar dari kalangan remaja dan pemuda kita. Perkara yang sama juga berlaku kepada remaji dan barisan pemudi.

Kebanyakannya, masa muda dihabiskan dengan kerseronokan dan hiburan semata-mata. Bermain-main dan bersenang lenang bersama teman sahaja. Masa dan waktu dibazirkan begitu sahaja. Tenaga dan kudrat tidak disalurkan pada tempat yang sepatutnya.

Kematangan yang telah pudar, membuatkan kurang yang merasakan tanggungjawab untuk mewarisi kepimpinan hari ini bagi melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Hakikatnya, perkara ini menggusarkan.

Siapakah yang terfikir, betapa pemuda pemudi hari inilah yang mencorakkan masyarakat masa hadapan? Maka kegusaran yang ada pada diri saya ini sepatutnya wujud di dalam diri mereka.

Terperangkap di dalam zon yang selesa

Penyebab utama mengapa kematangan terbantut adalah kerana pemuda pemudi kita hari ini telah diperangkap di dalam satu zon yang selesa. Ini membuatkan akal mereka tidak mampu berfikir di luar kotak kehidupan mereka.

Pemuda-pemudi hari ini hidup di era keamanan dan kedamaian. Mereka dipimpin dan telah meletakkan diri mereka untuk menjadi pengikut sepanjang masa. Mereka tidak pernah hendak memecahkan kerangka ‘pengikut’ itu untuk menjadi seorang ‘pemimpin’.

Tempat belajar disediakan, kerjaya disediakan, makan minum disediakan, duit disediakan, dan keamanan serta kedamaian bersama kemakmuran juga tersedia di hadapan mata. Tidak menjadi masalah untuk mereka dan tidak perlu bagi mereka bersusah payah berfikir itu ini untuk mendapatkan semua.

Akhirnya, keselesaan ini yang mengabui mereka untuk berfikir panjang, dan menyedari bahawa satu hari nanti, akan tiba waktunya untuk mereka pula mengganti kepimpinan hari ini, dan menyediakan semua itu kepada anak-anak zaman hadapan pula.

Persoalannya, apakah dengan ketidak sedaran hari ini, kita mampu memberikan yang terbaik kepada anak-anak masa hadapan? Bilakah masa kita untuk bersedia memberikan yang terbaik sekiranya kita baru sedar ketika mendapat tanggungjawab nanti?

Kematangan hadir dengan memecahkan tembok masa hadapan

Hari ini, mungkin kita tiada tanggungjawab sebagai bapa atau ibu untuk mencari duit menyara anak-anak dan menjaga makan pakai mereka.

Hari ini, mungkin kita bukan pemimpin negara yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara, mentadbir dan menguruskan negara bagi menyediakan suasana yang terbaik kepada masyarakat dan kehidupan termakmur buat mereka.

Dan banyak lagi contoh tanggungjawab. Paling kurang, kita perlu memimpin diri sendiri di dalam arus perdana hari ini. Memimpin keluarga agar menjadi keluarga yang baik di dalam arus globalisasi hari ini.

Ketiadaan tanggungjawab-tanggungjawab itu pada kita hari ini, menyebabkan kita alpa dan leka, lalai dan rasa hendak bermain sahaja. Maka akal kita tidak berkembang untuk mencari pengalaman, menambah pengetahuan, bagi mempersiapkan diri agar berada dalam kondisi yang terbaik ketika kita benar-benar memegang tanggungjawab nanti.

Maka terjadilah penurunan kualiti saat kita benar-benar perlu melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab tadi. Kerana apa berlakuknya penurunan kualiti ini? Kerana kita hakikatnya tidak bersedia sedari awal.
Saat memegang tanggungjawab, baru hendak bersedia. Selama ini, kita asyik memandangnya sebagai ‘perkara maasa hadapan’.

Sekiranya kita sedari awal memecahkan tembok masa hadapan ini, kematangan itu akan hadir di dalam diri. Kita akan berfikir sebagaimana orang dewasa berfikir. Kita akan rasa ralat dengan waktu-waktu yang terbazir, dan kita akan serius menambah pengetahuan serta menajamkan pemikiran bagi mempersiapkan diri di dalam kondisi terbaik untuk memegang tanggungjawab yang akan kita pegang nanti.

Mereka itu matang

Di sinilah kita lihat perbezaan antara kita dengan kanak-kanak di zaman Rasulullah SAW dan zaman terdahulu sebelum kita.

Sebagai contoh, Abdullah ibn Umar RA adalah seorang kanak-kanak di zaman Rasulullah SAW. Tetapi direkodkan bahawa dia telah mengikuti majlis-majlis bersama dengan para sahabat besar sedangkan usianya ketika itu masih kecil.

Hal ini direkodkan apabila Abdullah ibn Umar RA sendiri meriwayatkan bahawa: “Pada suatu hari, aku mengikuti sebuah majlis Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanyakan akan sebuah pokok yang mempunyai persamaan dengan orang yang beriman. Aku tahu akan jawapannya, tetapi aku jadi malu untuk menjawab kerana menghormati orang-orang yang lebih tua yang berada di dalam majlis itu. Akhirnya Rasulullah SAW sendiri menjawab soalan baginda tadi. Ketika dalam perjalanan pulang, aku menceritakan kepada bapaku(Umar Al-Khattab) bahawa aku mengetahui akan jawapannya semasa Rasulullah menyoal tadi. Bapaku berkata: Aku akan menjadi sangat gembira, sekiranya kau menjawab tadi” Riwayat Bukhari di dalam Kitab Adab Wa Ar-Riqaq.

Contoh yang lain, adalah Usamah bin Zaid RA. Direkodkan bahawa ketika dia berumur 18 tahun, dia telah diangkat untuk menjadi seorang jeneral yang menggepalai tentera menentang Romawi. Lebih mengkagumkan, pada usianya 19 tahun, dia berjaya menewaskan Romawi dengan kejayaan.

Contoh yang lain lagi, adalah Muhammad Al-Fateh. Direkodkan bahawa ketika dia berumur 23 tahun, dia berjaya menumbangkan Konstantinopel. Direkodkan juga, dia pernah diangkat menjadi Sultan ketika berumur belasan tahun, apabila ayahnya, Sultan Murad mengambil keputusan meninggalkan kerajaan bagi menjadi ahli sufi. Hal ini menyebabkan berlakunya kekacauan politik angkara orang-orang tua di dalam kerajaannya. Pada umur yang semua itu, dia berjaya memanggil ayahnya semula bagi memimpin kerajaan dengan kata-katanya yang bersulam kematangan yang amat masyhur di dalam sejarah:
“Wahai Ayahanda, sekiranya ayahanda masih merasakan bahawa ayahanda adalah Sultan bagi kerajaan ini, maka pulanglah. Sekiranya Ayahanda benar-benar telah menyerahkannya kepadaku untuk menguruskannya, maka dengan ini aku arahkan Ayahanda untuk pulang dan memimpin kerajaan ini!”
Dan di manakah kematangan kita hari ini jika hendak dibandingkan dengan mereka?
Di manakah hakikatnya perbezaan antara kita dan mereka?
Sepatutnya kita perhatikan dan memikirkannya.

Penutup: Melepaskan diri dari kebantutan kematangan

Matang adalah indikator terpenting dalam memandu kehidupan kita ke arah kehidupan yang terbaik. Tanpa wujudnya kematangan di dalam diri, maka kita hanya akan menghalakan kehidupan kita semata-mata ke arah keseronokan. Matang adalah pemandu sebenar yang terbaik dalam kita membuat keputusan.

Kematanganlah yang menghalang kita dari nmelakukan perkara yang sia-sia dan merosakkan. Kematanganlah yang menjadikan kita mampu memacu kehidupan diri ke arah terbaik dan memandu pula masyarakat sekeliling ke arah kebaikan.

Yang tidak matang hanyalah akan menjadi pelawak di dalam kehidupan insan, yang membawa dirinya ke arah kehancuran. Yang tidak matang hanya akan menjadi hamba dan bahan permainan. Kita akan tertipu, tertipu dan tertipu sepanjang hayat.
Maka sewajibnya kita menuntut kematangan ini agar wujud di dalam diri.
Bukan sekadar membiarkannya dan tidak kita perolehi.
Sedangkan perkara ini adalah teramat penting sekiranya kita adalah orang yang memerhati.

Kata Mutiara Cinta



Mutiara Cinta
Jika kita mencintai seseorang...,
kita akan senantiasa mendo'akannya
walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,dua telinga
untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan
sekeping hati pada kita ?
Karena Allah telah memberikan sekeping lagi hati
pada seseorang untuk kita mencarinya.


Itulah Cinta ...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi,
jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan,
walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya
dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian
dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Jangan simpan kata-kata cinta pada
orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan
kata-kata cinta itu pada pusaranya.
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan
dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan orang
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti bagaimana berterimakasih
atas karunia tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat
dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang
tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak pernah
memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai
atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.
Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut,
tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.....

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah
ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu,
hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi
tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang
mencintai kamu sepenuh hati,sehingga kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena
perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang
dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi,
kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta...,
kerana cinta juga dapat membuat orang sihat jadi sakit,
orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila,
orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak,
jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Kemungkinan apa yang kamu sayangi
atau cintai tersimpan keburukan didalamnya
dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan
didalamnya....

Cinta kepada harta artinya bakhil,
cinta kepada perempuan artinya alam,
cinta kepada diri artinya bijaksana,
cinta kepada mati artinya hidup dan
cinta kepada Alloh artinya Taqwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta
kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta
ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara
dalam semua bahasa manusia dan alam,
tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,
dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung
atau sekedar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian ...
dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.
Siapapun pandai menghayati cinta.....,
tapi tak seorangpun pandai menilai cinta
kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat
oleh kasat mata,
sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati
dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya
serta membuat budak menjadi pemimpin.
Inilah dahsyatnya cinta....

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai
menjadi dirinya sendiri...
dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.
Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri
yang kamu temukan didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
Namun apabila sampai saatnya itu...,
raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan
dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan
dari mulut kemulut....
tetapi cinta adalah
anugerah Tuhan yang terindah dan suci
jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.

Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir

Cinta Itu Buta??

Selalukan kita mendengar cinta itu buta.. pe tu buta?? adakah tidak mampu melihat mana haka dan batil diertikan begitu?? kalau begitu pastilah itu bukannya cinta org yg beriman.. Hmmm.. aku agak tertarik dengan post terbaru di blog ustaz pahrol mengenai CINTA..


anda semua boleh membacanya disini. 


Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.
Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak… cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itu akan kekal sampai bila-bila… - dari genta rasa

p/s: hmm..kekadang aku juga terpk adakah kita mencintai seseorg hanya kerana nafsu,ske2 ataupun berbagai lagi alasan yg diberikan. Ingat cinta yang kekal cinta yang ada tujuan. Jika aku mencintai seseorg aku mencintainya kerana tujuan untuk hidup bersama membimbing anak-anak dan menjaga segala hukum-hakam yang Allah tentukan. Ingat!! Walaupun niat itu ada kerana Allah tetapi kekadang kita alpa dan kecuaian membuatkan kita terbabas. Untuk mengelakkan benda seperti begini perlulah kita sentiasa bermusahabah sendiri. Jika kita melakukan kesilapan cepat2 lah kita bertaubat dan jangan ulangi KESILAPAN itu semula. Moga diri kita diberkati Allah. InsyaAllah.

Apa Itu Cinta?

Cinta adalah salah satu sumber kekuatan unik dalam diri manusia. Ia menjadi tenaga penggerak hati dan jiwa yang akan menghasilkan sikap, perbuatan dan perilaku. Cinta boleh diungkapkan seperti yang ada dalam sajak dari filem laris indonesia, Ketika Cinta Bertasbih:

Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.

namun begitu, cinta juga boleh menjadi sebaliknya.

Seperti sabda Rasulullah saw. hati itu bersifat seperti bulu yang terumbang-ambing oleh angin yang berputar-putar. Sebagaimana amal-amal dan perilaku kita yang sentiasa bersumber dari niat dan motivasi di dalam hati, maka cinta pun sentiasa wujud dengan dasar niat yang beraneka rupa. Ada cinta yang tulus, penuh kerelaan. Namun ada pula cinta yang penuh duri dan racun. Ada cinta yang merupakan buah keimanan dan ketaqwaan. Namun ada pula cinta yang berlandaskan nafsu hina. Bagi seorang muslim dan beriman, cinta terbesar dan cinta hakiki ialah cinta kepada Allah.

Bentuk cinta dapat kita wujudkan dalam berbagai rupa tanpa batas ruang dan waktu dan kepada siapa atau apa saja asalkan semuanya bersumber dari kecintaan kita kepada Allah dan mengharapkan keridha-Nya.

Mungkin boleh dikongsi bersama mutiara kata ini daripada Hamka..

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Hamka
p/s: aku mengejar cinta bukan kerana nafsu.. aku mengejar cinta utk kebahagiaan dan demi Allah. Moga dipermudahkan.

LA TAHZAN

 

Assalamualaikum.. Hari ini aku ingin cite skit pasal kesedihan.. Tetiba la plak minggu ni agk emotional skit.
Ye mungkin silap aku. Setiap manusia itu akn alami kesedihan.. Ya tapi aku akn cuba sentiasa berfikiran positif. Mungkin pepatah ini sesuai bagi aku.. 'bahawa hujan lebat itu datang utk memberikan kita pelangi di hujung sana'. Pengalaman demi pengalaman akn membuatkan kita menjadi lebih matang.

Jadi ada beberapa tips yg mungkin boleh aku kongsikan dgn korang bila berhadapan dengan kesedihan. Tapi sebelum itu tetapkan niat dan sentiasa yakin kepada Allah.

Ini tips nya:
1) sentiasa ingati Allah

2) banyakkan membaca al-Quran

3) kalau boleh wat solat tahajjud.

4) muhasabah diri

5) sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

6) sentiasa berfikiran positif.

p/s: nampak cam senang kan.tapi hakikatnya agak susah utk kita istiqamah dalam benda ni.
(aku seorg yg flexible. jika ada sesiapa yg ingin menegurku amat dialukan. aku akn cuba terbaik utk berubah. maafkanku pada kesilapan ku.)

Kiamat pasti tiba ! Saintis Angkasa juga mengakuinya !

Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?

RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' sudah ditayangkan di pawagam. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.

Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.

Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

Hentaman objek

"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.

"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.

"Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.

Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.

"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.

"Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.

Perlanggaran galaksi

Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.

"Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.

Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.

Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.

"Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.

Fenomena alam berangkai

Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

"Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

"Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

"Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.

Terma Kosmofobia

Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

"Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

"Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.

p/s- mmg da sgt2 hampir..sama 2 kita beringat wallahua'lam. jangan Takut MATI tapi INGAT MATI!!

YAKIN


Jipun : Hai jiwang nampak memalam ni.. Teringat mak ke?
Jebon : Perli nampak.. Makan dalam nanti aku Jipun.. Ko macam
tak tau je masalah aku.. Haiih..


Jipun : Takkan la break up lagi Jebon oii? Dah macam hobi kau
pulak aku tengok..

Jebon : Hmm.. Ni dah kali yang ke seratus aku break up Jipun.. Tak
tau la apa yang tak kena.. Memang aku ni ditakdirkan hidup sensorang
ke? Kenapa sorang awek pun tak lekat dengan aku haa.. Tiap2 hari aku
runsing pikir pasal hal ni tau.


Jipun : Aku dah agak, mesti ada masalah dengan awek baru kau ni..
Aku dah cakap tak payah couple2 ni.. Nanti kang kalau kau nak kahwin
haa, baru la cari.

Jebon : Tapi kalau tak cari cemana nak kahwin bai.. Nak kenal2 dulu..
Aku tengok kau ni cool je. Tak pernah nampak runsing pasal awek ke,
nak cari minah mana2 ke.. Kau abnormal ke Jipun?


Jipun : Sampai hati kau kata aku abnormal. Sebenarnya memang
sifat semulajadi aku sejak lahir adalah seorang jejaka cool. Kau nak tau
kenapa aku macam ni?

Jebon : Haa nak nak, cerita la.

Jipun : Kau ingat tak lagi tahun lepas, yang pasal kau merungut
dengan bos kau pasal kerja?

Jebon : Haah ingat.. Nape Jipun?

Jipun : Haa.. Kau tak puas hati dengan arahan bos kau kan. Kau
cakap baik tambah pekerja daripada pakai mesin buat kerja, jimat kos.
Biasa la akauntan kan.. Mesti hebat kira punya.

Jebon : Hehe. Sempat lagi ngutuk aku. Depan-depan pulak tu.

Jipun : Tengok-tengok lepas setahun baru kau nampak yang kerugian
beli robot tu cuma sementara je. Lepas lepas tu dapat jimat sebab robot
tu buat kerja tak berhenti. Kau faham tak maksud aku Jebon?

Jebon : Hush.. Langsung tak faham. Tiba tiba je ungkit tentang cerita
lama. Apa maksud kau ni Jipun. Cuba terangkan.


Jipun : Aku ada 2 soalan untuk kau. Soalan pertama, kenapa masa
tak puas hati dengan bos kau tu, kau tak gaduh sampai kau menang?

Jebon : Mestila.. Dia kan bos aku. Dia la yang bagi gaji kat aku,
kalau aku buat apa2 sampai dia marah kat aku, habis la aku. Silap-silap
kena buang kerja. Huu tak nak..tak nak..


Jipun : Haa soalan kedua. Kau rasa kenapa dia dapat fikir tentang
robot tu, mula-mula kau rasa macam yakin sangat, tapi last-last,
teori dia jugak yang betul?

Jebon : Mestila.. Dia kan hebat. Aku ni kerja kira-kira je. Aku
tak pandai dan hebat fikir macam dia. Kalau dia tak hebat, takdela dia
jadi bos. Walaupun aku rasa mula-mula tu macam aku betul,
rupa-rupanya aku salah. Sebab fikiran aku cetek je, tak macam dia
tahu macam-macam.


Jipun : Hmm.. Tula maksud aku Jebon. Kita semua mencari
kebahagiaan dalam hidup. Tapi kita lupa yang cuma Allah je
yang boleh bagi kita kebahagiaan. Kita sibuk fikir cemana kita nak bahagia.
Cari jodoh dan orang yang sesuai dengan diri kita tanpa berharap
kepada yang Berkuasa dan rasa bahawa kita sendiri yang
menentukan jodoh kita.

Jebon : Erm betul tu.. Aku selalu rasa rasa macam tu..
Huhu.


Jipun : Jadi untuk dapat kebahagiaan, kita tak boleh la buat benda
yang Allah tak suka, sebab cuma Dia yang boleh bagi kebahagiaan
dekat kita. Tapi Allah maha Pemurah, walaupun kita selalu lupa dan
buat benda yang berlawanan dengan perintahNya, Dia sentiasa ingat
dekat kita dan tetap memberi nikmat.

Jebon : Aku selalu nak kebahagiaan Jipun.. Tapi baru aku sedar yang
cara-cara aku tu semuanya tak yang macam Allah suka. Astaghfirullah..


Jipun : Allah maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik
untuk kita. Kadang2 kita rasa sesuatu tu baik untuk kita, tapi akal kita
sebagai hamba ni sangat terbatas. Kita kena sentiasa yakin Allah
lebih mengetahui berbanding kita. Tanggungjawab kita sebagai hamba
ialah ikut perintah Allah, dan jauhi laranganNya. InsyaAllah semuanya
akan selamat.

Jebon : Aku selalu rasa yang aku tahu semua Jipun.. Tapi aku lupa yang
pengetahuan aku ni lemah. Sampaikan akal aku ni pun Allah yang bagi.


Jipun : Salah satu antara rukun iman ialah beriman kepada Qada
dan Qadar. Jadi kita kena sentiasa yakin dengan apa saja yang Allah
tetapkan. Kita mesti yakin juga yang Allah telah menetapkan tentang
jodoh untuk kita.

Jebon : InsyaAllah..

Jipun : Sebab tu kau nampak aku cool je. Hehe.. Sebenarnya aku
takdela cool sangat. Aku pun manusia biasa macam kau Jebon. Aku
pun ada rasa untuk dapatkan perhatian daripada perempuan. Tapi aku
yakin dengan janji Allah. Yang penting sekarang aku perlu baiki
diri sebaik mungkin, supaya jodoh aku nanti insyaAllah orang
yang baik-baik.

Jebon : Betul tu Jipun. Kadang2 aku terlalu risaukan tentang jodoh
aku, sampaikan aku dah abaikan tanggungjawab sendiri dan
menyebabkan aku kurang yakin dengan ketentuan Allah.


Jipun : Camtu lepas ni sama-samalah kita fikir tentang cemana
nak baiki kelemahan-kelemahan diri kita. Lebih baik daripada sembang
tentang awek yang tak janjikan apa-apa. Nanti dah sampai masa,
kau dah sedia nak kahwin, baru kita carik. Orait?

Jebon : Tiba-tiba aku terasa baik seperti kau Jipun.. Orait.
InsyaAllah..


Jipun : Jom tido..
Jebon : Kau ni ajak tido lain macam je.. Kau memang betul2
abnormal ke?


Jipun : Haiih..

p/s: diambik dari kuihkuih.blogspot.com

Ilmu