Pages

Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

Gelagat-Gelagat Manusia Waktu Ramadhan

Assalamualaikum.. Fuh!fuh! tiup skit habuk2 kat blog ni.. Da LAMA X DIUPDATE. Akhirnya tuan empunya tetiba update plak. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati nikmat Allah. Masih lagi bersyukur dpt lg menghirup udara yang nyaman dan yang paling penting kita semua sihat walafiat. (cehwah da cam pembuka kata tazkirah)

Tanggal 1 Ramadhan 1431 hijriah ataupun 11 Ogos 2010 bermulala umat islam menjalankan ibadah berpuasa. X lpe jugak warga UTM yg juga merasai kehangatan ramadhan kali ini juga.(termasuk diri aku skali la). Banyak perkara yg berlaku sepanjang ramadhan ni terutamanya rutin harian kita.. Mula2 hah korang tengok dari segi tido. Da mula da semua orang bangun awal pagi walaupun tido lewat ape pun. Sebab apa?? ini istilah ni wujud waktu ramadhan je. (muslimin dan muslimat dikecualikan sebab dorang slalu puasa sunat) SAHUR!! tipula korang first day x bangun sahur. mesti bangun punya.semangat punya nak puasa kan..(erkk..ok aku x sahur first day..bgn pkul 6.30 pagi.. hah x batal puasa k.. niat sebelum tido tu penting!!) Sama gak la korang bila bukak semester satu minggu tu semangat gi kelas..siap awal plak tu.. bese budaya malaysia (ooppss.. kn tambah da skrg..budaya SATU MALAYSIA..hmm.. YADIM pun wat jelajah satu malaysia..hmm..lyn2..)

Tapi yang paling aku suka adalah waktu SUBUH. Masjid yang dahulunya satu saf da jadi 4 saf.. Alhamdulillah. surau pun yg jadi 2 saf..jadi 2 saf jugak... yg lain gi masjid kot..hehe (aku pun kekadang je pergi..ni nak tegur diri sendiri gak ni..) Tapi masalahnya pas subuh bermulalah semua pakat tido lama2.. Ini yg x betul ni..ade yg bgn pkul 11..pkul 10..pkul 9.. kelas x pergi. banyak berlaku waktu first day..Alasan?? besela bro..kejutan budaya..cehwah. Tapi Alhamdulillah makin berkurang selepas tu.(harapnye..aku x wat kajian..coursemate2 aku semua baik2..haha.puji..puji..kn puji dorang)

Di siang hari bermulala alkisah gelagat2 manusia.. ade yg cam bese je..(cam akula..cehwah), ada yg jalan kepenatan, ada yg kt bibir mengucap-mengucap..igtkan berzikir ke.rupanya LAPAR!LAPAR!LAPAR! haish!! siku kang dorang ni.. macam-macam..

T/hari pulak mulala masyarakat non-muslim berpusu-pusu kt SUB(kedai makan) menjamu selera.. Aku tengok terkebil-kebil..bau oh..sedap..ade yg org lain terliur-liur..haha. rilex bro..dugaan tu .. hehe.kekadang aku ske ramadhan sebab ade bermacam jeni juadah di waktu apa?? kengkawan jerit skrg!!! BAZAR RAMADHAN!! terbaik punya. aku masih lagi igt post membe aku kat facebook yg berbunyi..(korang dgr bunyi x? ok x dgr..fine!!)

PUASE bukan setakat sebab air tebu, ayam percik, ayam golek, ngan otak2 je. Tapi puase sebab nak Allah SAYANG kite. :)

So korang..igt tu!! tapi memang best pun bazaar..nyum.nyum.. Kat sini aku nak share sesapa yang duduk lembah klang..ada satu blog pamer bazar2 yg best kt lembah klang. nm blog tu PRAMKL >>>>> klik sini

OK esok kuarga aku gi berbuka bufet kt tropicana golf resort damansara..arghhhh nak gi gak!! pesal la UTM ni kt JB bukan kt KL.



Ok lepas tu da berbuka.. da kenyang..aku pun kenyang.. Selamat berbuka.. Ni ade video..DGR SMPI HABIS!! Bukan lagu je.. sampai yg tgh2 korang akn dengar satu ucapan yg lawak dan terharu.




Moga kita semua dirahmati Allah.. Jumpa lagi di next post... Adios.. Assalamualaikum

Tabiat International Student kt UTM..

Assalamualaikum.. kali ni saya ingin cite berkenaan tabiat.. bukan tabiat org melayu tapi tabiat org bukan Malaysia yg saya khususkan mahasiswa luar negara yang belajar di malaysia..

Membawa kenderaan kelam kabut.

hah..dorang ni slalu x betul.. kekadang geram gak aku.. nk pusing kiri xde signal.. signal ade pasangla woii..
lagi satu bawak bknla main laju.. haram.. kalu malam lampu pun x dihidupkan.. Yang buat bikin panas tu slumber je parking tgh2 jalan.. pastu wat muka selamba je..  jalan sehala pergi wat 2 hala.. Ni yg plg slumber bwk moto..yg bwk pki helmet.. yg pembonceng x pki helmet..da la laki pempuan.. korang taw x kt UTM ni de kempen 'say no to bonceng' ..aiyaa...

Demand lebih-lebihan

2 tahun lepas pnahla aku jd ejen minggu haluan siswa.. Ye la kan jaga bdk2 baru masuk.. N kolej aku ni dptla plak dr international student seramai 135 orang. Semuanya terdiri drpd yaman.iran,somalia,indonesia,china.. dll. korang kena taw dorang ni semua dr golongan kaya..so bila dapat bilik tu.. ty macam2.. xde air-cond la,sempitla, nk bilik seorg la.. aduhai.. nk sgt gi hotel la.. yg x boleh blah x blh duduk bilik tu sebab kn gigit semut..haha

Benda kecik pun nak gaduh..

hah yg ni pun waktu aku jd ejen. So au ditugaskan sbg ajk sukan.. knla pilih bdk2 yg berbakat utk bola sepak.. so aku kumpulla bdk2 baru ni skalila tempatan dan international.. Yg aku geram dorang ni main 2 minit gaduh lima minit.. xnk mengalah..siap nk gn peraturan btul2 tu.. offsidela.. so aku bengang n aku pn jerit kt dorang.. waktu ni memang semua senyap nmpk aku tegas..muahahaha. ak cuma ambik 2 org je dr international walaupun ade ramai gk yg terer tapi x blh.. diorg ni akan baik dan sopan bila jadi minoriti.. bila da majoriti.. pergh..kalau tgk bola.. bising je.. org malaysia senang diam..

Ni je beberapa yg aku blh bagi.. papepun kita kalau pergi ke sesuatu tempat perlulah fhm adat dan budaya tempat tu.. org kata kalau g kandang kambing jdla kambing..g kandang harimau jdla harimau.. hormat menghormatila..

NAZREY JOHANI TOUR De TAHFIZ CONCERT



~MARI BERHIBUR SAMBIL BERAMAL~

Konsert ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu pembinaan SEKOLAH TAHFIZ BAYU SYAHADAH di Ranau, Sabah iaitu tempat kelahiran Ustaz Nazrey Johani. Beliau merupakan pengerusi projek pembinaan sekolah tahfiz ini. Bagi maklumat lanjut sila layari :
http://nazreytahfizsyahadah.blogspot.com
/

Pembelian tiket adalah termasuk sumbangan yang akan dikumpulkan bagi projek ini. Warga luar kampus turut dijemput hadir.

Bagi pembelian tiket, anda boleh membuat tempahan melalui hidayah @ saiful amri.
InsyaAllah tiket konsert amal ini juga boleh dibeli di booth2 yg akan dibuka bermula 22 februari 2010.
Lokasi booth akan diberitahu kemudian. Syukran!

~MARI MELABUR BAGI MENDAPAT SAHAM DALAM KEHIDUPAN Di AKHIRAT KELAK~ ;)

p/s : Jom ramai2 pergi ke konsert nasyid.. Banner ni da bape kali aku tukar... 6 kali kot rasanya.. Fuh..pnat2....

Jemaah IPT: Bakal Kepimpinan Yang Sentiasa Diperhatikan Illuminati

ree450021
(diambil daripada blog ibnu yaacob)

Tiadalah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan Jemaah Harakah Islamiyah .
Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuanhan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.
Persoalannya sekarang mengapa ahli Jemaah sangat merbahaya kepada Illuminati?
Mahasiswa yang berjemaah tidak sama intergriti intelektualiti nya dengan mahasiswa yang tidak berjemaah walaupun kedua-dua mahasiswa tersebut berada di bidang Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. Mahasiswa yang memperjuangkan Islam tanpa menyertai jemaah umpama seorang Muslim yang bersolat seorang diri di dalam masjid.

Menurut bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Allahyarham Dr. Mustapha Masyur, kerja-kerja secara berjemaah adalah wajib;
“Oleh kerana bagi mencapai tujuan yang besar ini (jihad) merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya, dan tidak mungkin dicapai kecuali dengan berjemaah dan kerja-kerja jemaah, maka kerja berjemaah ini menjadi wajib.”
(Mustapha Masyur, Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah, hlm 7)
Perjuangannya mungkin kelihatan murni dan benar tetapi kekuatan dan keampuhan perjuangan itu kurang keberkesanannya dan mungkin hanya akan berlegar di dalam diri sahaja. Berbanding dengan mahasiswa yang berjemaah, walaupun teramat kecil bilangannya tetapi wadah perjuangan dikawal bai’ah yang mengikat persetiaan hidup dikalangan ahli-ahli jemaah.
  1. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai hierarki kepimpinan yang sangat sistematik walaupun tidak direkodkan seperti perlantikan Amir dan Amirah, Naqib dan Naqibah bagi sesuatu kumpulan-kumpulan kecil.
  2. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai sistem pembelajaran ilmu Islam yang tersusun melalui usrah-usrah di peringkat kelompok, Kolej dan IPT. Selain itu, jemaah juga perlu menghadiri tamrin-tamrin yang dijadualkan oleh para amir dan amirah.
  3. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai ikatan persahabatan seumur hidup berasaskan baiah yang diucapkan.
Namun begitu, muslim tanpa menyertai jemaah ada peranannya tersendiri mengikut kemampuan yang ada. Manakala muslim yang berjemaah tetapi akhirnya meninggalkan perjuangan selepas tamat pengajian adalah lebih mengaibkan kerana ia bisa saja melunturkan semangat ikhwan-ikhwan di dalam jemaahnya.



Kepimpinan Illuminati Adalah Golongan Intelektual
Di dalam Illuminati sendiri, golongan yang mempelopori gerakan itu ialah bekas-bekas pelajar universiti dari pelbagai bidang. Hatta sejarah Illuminati sendiri, jika dilihat ianya juga ditubuhkan oleh golongan berpendidikan iaitu Dr. Adam Weishaupt yang berpendidikan Undang-Undang malah menjadi profesor undang-undang di Universiti Ingolstadt, Jerman.
Tidak ada kepimpinan di dalam Illuminati mahupun secret society yang lain seperti Trilateral Commission, Bilderberg Group, Club Rom, Skull & Bones dan sebagainya mengambil individu tidak berpendidikan untuk menerajui organisasi.
Individu yang berpendidikan atau berilmu sangat tinggi nilainya malah Allah sendiri berfirman tentang orang-orang yang berilmu bahawasanya;

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”
(al-Mujadalah: 11)
Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan;
“Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan.”
Pensyarah Berjemaah Sentiasa Diperhatikan Musuh Islam
Walaupun pada hakikatnya jemaah-jemaah di IPT diuruskan secara total oleh mahasiswa tetapi musuh-musuh Islam tahu pendokong yang membantu dari belakang ialah para pensyarah yang berfikrah Islam. Golongan pensyarah sentiasa diperhatikan gerak-gerinya khususnya berkaitan hubungan mereka dengan pelajar-pelajar kelas mereka.
Illuminati amat takutkan golongan ini kerana mereka sentiasa menjadi perangsang semangat kepada pelajar-pelajar mereka yang berjemaah malah masa dan harta benda mereka juga diinfakkan untuk kerja-kerja amal jemaah.
Bagi Illuminati, golongan kecil ini boleh menjadi faktor penyebab lahirnya pejuang-pejuang Islam berstatus intelektual di peringkat global. Golongan pejuang Islam yang berstatus profesional lebih membahayakan bagi puak Illuminati kerana pemikiran mereka ‘out of box’ dan manhaj yang dipegang juga kukuh dan sukar tergelincir dari landasan jihad.
Apabila Jemaah Mempunyai Ilmu Konspirasi, ia lebih membahayakan Illuminati
Apabila seseorang ahli Jemaah mempunyai pengetahuan dalam hal ehwal konspirasi Zionis, sudah pasti ia menjadi batu bara untuk golongan Illuminati kerana golongan seperti ini sudah pasti tidak duduk diam sahaja memerap ilmu-ilmu itu melainkan ianya dikaji dan disebarkan dengan pelbagai cara.
Jemaah yang mempunyai pengetahuan konspirasi Illuminati kemungkinan boleh menjadi penghalang utama kepada perancangan Illuminati untuk menyerap masuk ke dalam parti-parti Islam. Jemaah seperti ini akan sentiasa bertindak memerhati dan menyelongkar segala macam anasir-anasir yang dikira boleh merosakkan parti-parti Islam.
Jemaah sebegini sangat proaktif dalam membentuk mekanisme khusus bagi menapis agen-agen tersembunyi di dalam kepimpinan parti.
Kemungkinan juga pihak Illuminati hanya boleh memilih jalan menamatkan riwayat golongan ini dengan segala macam kejutan yang tidak diduga bagi memastikan perancangan mereka berjalan dengan sempurna. Namun hakikatnya golongan ini sukar dikesan dan dibukakan rahsia hati mereka.
Baitul Muslim adalah hakikat ketakutan Illuminati
Di dalam jemaah harakah Islamiyah yang bergerak di IPT-IPT sekarang ini, hanya ada satu perkara yang pada pandangan kami paling ditakuti oleh Illuminati. Perkara itu ialah Baitul Muslim.
Walaupun agak ganjil bunyinya tetapi perlaksaan Baitul Muslim di semua peringkat harakah Islamiyah kiranya boleh menggugat perancangan Illuminati secara jangka panjang. Ini kerana, objektif Baitul Muslim (BM) adalah melahirkan keluarga Muslim yang berfikrah Islam melalui pasangan-pasangan yang sama fikrahnya.

Mahasiswa yang berjemaah walaupun tidak aktif sudah pasti akan terpahat dalam dirinya akan mendidik seluruh ahli keluarganya kelak agar menyertai jemaah. Apabila ramai ahli jemaah dikalangan golongan muda berpelajaran tinggi maka jarum-jarum sekular yang menyuntik dunia ilmu Islam sejak ratusan tahun dahulu mudah dikeluarkan.
Kesimpulan
Setiap konspirasi dari Illuminati dalam meranapkan harapan masyarakat Islam secara hakikatnya dapat dilihat akan menjurus kepada menghancurkan jemaah harakah islamiyah dalam apa cara sekali pun. Meskipun perancangan Illuminati itu untuk memusnahkan jemaah Islam seluruh dunia tidak dinyatakan secara zahiriah dan bertulis tetapi hambatan waktu yang menimpa ke atas setiap jemaah Islam di seluruh dunia membuktikan jemaah sangat dibimbangi Illuminati.
Illuminati sedar jemaah adalah satu-satunya tentera tersembunyi tanpa senjata bagi masyarakat Islam yang akan melancarkan daulah Islamiyah secara serentak di bawah pengawasan ulama’.
Illuminati juga sedar cara terbaik menghalang pengaruh jemaah ini adalah dengan menguasai sistem-sistem politik dalam negara dari segenap sudut dan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang berfahaman sekular sebagai jambatan aliran perancangan mereka.



KOMENTAR KEPADA NAIB CANSELOR UTM.. Prof Dr Zaini Ujang



PENULIS: Ahmad Lutfi Othman
WWW.harakahdaily.net
Selepas meninggalkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 23 tahun lalu, hanya beberapa kali saya singgah di kampus Jalan Semarak itu meskipun sering melintasinya ketika pulang dari pejabat.
Namun pada 11 Ogos lalu, saya tergerak untuk mengikuti syarahan perdana Naib Canselor, Prof Dr Zaini Ujang, bertajuk Universiti, Kreativiti, Inovasi. Dan memang berbaloi saya mengorbankan 'waktu tidur petang' selepas menyiapkan deadline Harakah.
Zaini, 43, naib canselor termuda, merupakan teman lama sewaktu aktif dalam gerakan pelajar sekitar 1984-86. Walaupun tidak berkesempatan menyerlahkan sepenuhnya daya kepimpinan beliau sewaktu menggerakkan Persatuan Mahasiswa UTM, bakat alam Zaini cukup terserlah.
Intipati syarahannya pada petang Selasa itu mengingatkan saya idealisme Zaini yang tidak pernah pudar. Tanggapannya terhadap konsep universiti, budaya ilmu dan tugas kesarjanaan kekal segar.
Ini tidak menghairankan; Zaini dikenali sejak mahasiswa sebagai ulat buku, pencinta ilmu, yang kemudiannya penulis prolifik yang memenatkan para editor di Penerbit UTM Press!
Bayangkan untuk tahun ini sahaja sudah enam judul bukunya diterbitkan.
Antara lain Zaini mengungkapkan senario semasa yang perlu diubah: "... betapa menjadi pensyarah tidak lagi memerlukan kemantapan intelektual dan kesegaran idealisme terhadap akademia ... Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana, diskusi, 'kegilaan membaca dan menulis' dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting.
"Tidak ada lagi debat atau diskusi ilmiah tentang isu-isu pokok yang membabitkan perkembangan isu semasa dalam arena politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi. Kalaupun ada jarang sekali dianjurkan. Itu pun dengan segala macam syarat dan perkiraan supaya tidak bersifat sensasi dan sensitif. Akhirnya aktiviti kampus yang sepatutnya meriah ilmu menjadi hambar dan lesu ..."
Walaupun kehadiran Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah adalah untuk merasmikan majlis syarahan perdana itu, namun ucapannya juga menggugah pemikiran dan mencetuskan minat audien.
Agak lama tidak mendengar pak menteri bercakap dengan nada dan lenggok Saifuddin, terutama selepas Anwar Ibrahim dipecat. Kupasannya tentang dunia ilmu nampak original dan selari dengan Zaini.
Lebih dari itu, secara peribadi saya melihat Saifuddin mempunyai 'keberanian' tersendiri khususnya apabila membicarakan soal idealisme mahasiswa dan kaitan dengan dunia politik.
Dalam satu program Astro Awani, Saifuddin ditanya hal pembabitan mahasiswa dengan pergolakan semasa. Timbalan menteri dalam jawapannya banyak memberi ruang buat pelajar untuk bereksperimen. "Biar mahasiswa menentukan diri mereka sendiri," begitulah antara yang beliau sering tekankan.
Dari sudut ini, saya kira, jalur pemikiran Saifuddin nyata berbeza dengan rakan-rakannya dalam Umno dan kerajaan. Malah ketika menyampaikan ucaptama dalam kongres anjuran Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), 8 Ogos lalu, beliau dilaporkan memuji penganjurnya kerana lantang berjuang supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti dipinda.
Dalam sidang media selepas itu, Saifuddin berkata, selepas pindaan Auku, mahasiswa boleh terlibat lebih banyak dalam politik.
Ditanya sama ada kementeriannya telah mengenal pasti mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi anti-ISA, 1 Ogos, Saifuddin hanya menjawab "tidak ada". Lebih menarik apabila beliau menyoalnya kembali: "Apa masalahnya dia hendak demonstrasi?"
Saifuddin dan Zaini mungkin dilihat sebagai watak-watak baru yang diharap berupaya memecahkan kongkongan lapuk di kampus-kampus, yang sekian lama menderita terpasung.
Malangnya lebih ramai pentadbir universiti, apatah lagi golongan penguasa, yang terus terikat dengan pendekatan kuno, dan meletakkan warga kampus dalam penjara terbuka.
Moga-moga dua anak muda ini, yang rasanya rapat secara peribadi dengan Perdana Menteri, berjaya menggapai impian mereka meskipun saya masih sangsi Najib Razak akan membuka ruang selesa buat mereka. _

JAWATAN: KELAYAKAN ATAU NAFSU??





www.iluvislam.com
By : Mohd Amzari Iberahim
azzahra_solehah





Manusia selalu membina hubungan sosial dengan manusia lain di mana pun dia tinggal dan hidup. Hubungan sosial yang dibentuk ini melahirkan sebuah masyarakat yang berorganisasi dan hidup dalam keadaan yang lebih sistematik.

Dalam sebuah organisasi terdapat mereka yang dipanggil pemimpin dan orang yang dipimpin. Pemimpin memainkan peranan yang cukup besar dalam sesebuah organisasi dan tanggungjawabnya adalah cukup berat dan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah tentang tugas dan peranannya sebagai seorang pemimpin.

Jangan sekali-kali meminta untuk menjadi pemimpin sekiranya kita merasakan diri kita kurang berkelayakan untuk memimpin kerana dikhuatiri kita tidak akan dapat menunaikan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu kita seandainya kita menjadi pemimpin. 

Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim pernah bersabda : Maksudnya : “Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” Shahih Al-Muslim: 1791

Dalam hadis ini Nabi melarang keras kita dari meminta jawatan sebagai pemimpin namun bagaimana pula soalnya dengan Kisah Nabi Yusuf yang meminta jawatan? Sebenarnya Nabi Yusuf meminta jawatan dalam keadaan dia layak sedangkan Samurah yang diceritakan dalam hadis ini tidak layak.

Sekiranya Kita Layak Hukum Minta Jawatan Ada 3 Hukum:

Wajib - jika kita tidak minta jawatan itu, menyebabkan berlakunya pengkhianatan, maka minta jawatan adalah wajib

Sunat - jika kita minta jawatan dalam keadaan orang lain pun layak juga, cumanya kita lebih layak dari yang lainnya maka hukum minta jawatan adalah sunat.

Harus - jika kita minta jawatan dalam keadaan kita dan orang lain sama dari sudut kelayakan maka minta jawatan itu adalah harus.

Hukum Mereka Yang Berkelayakan Menolak Untuk Memegang Jawatan Jika sekiranya ada orang lebih layak dan kita tolak jawatan tersebut maka itu adalah yang terbaik namun sekiranya semua tidak layak, hanya kita sahaja yang layak, lalu jika kita tolak juga maka hukum tolak itu menjadi haram.

Kesimpulannya sebelum kita tolak sesuatu jawatan pastikan ada orang yang lebih layak dari kita atau setidak-tidaknya sama layak. Sebelum membuat keputusan untuk merebut sesuatu jawatan hendaklah kita melakukan analisa terhadap diri sendiri terlebih dahulu adakah kita berkelayakan kerana dikhuatiri sebab kita mahukan jawatan hanyalah kerana untuk mencari populariti, publisiti dan menurut hawa nafsu semata-mata.

Fikirlah dengan akal yang sihat dan buatlah keputusan berdasarkan pertimbangan iman sebelum merebut sesuatu jawatan agar kita selamat dari merebut jawatan dalam keadaan kita tidak layak untuk memegangnya.




Mahasiswa dan Parti Politik




Golongan mahasiswa adalah golongan yang istimewa. Amat jauh beza antara golongan mahasiswa dengan golongan yang lain. Di zaman keemasan bagi seseorang insan, golongan mahasiswa seharusnya sedar bahawa mereka mempunyai potensi yang sangat besar dalam melayari kehidupan seharian. Maksud melayari kehidupan seharian bukan hanya masalah “top-up” atau duit belanja, tapi melayari kehidupan di sini termasuk juga memberi respon pada isu-isu semasa yang menjadi warna kehidupan.

Potensi mahasiswa yang amat besar ini seharusnya digunakan sebaik mungkin. Adalah malang jika para mahasiswa membiarkan sahaja waktu di kampus berlalu tanpa apa-apa makna. Mahasiswa tugasnya mengeluarkan pendapat. Bukan namanya mahasiswa jika ia tak berani mengeluarkan pendapat sendiri. Akan tetapi, jika mahasiswa sejak mula lagi sudah mengambil keputusan mengikat diri pada parti politik, maka sudah tentu pendapat mereka hanya lah lanjutan dari pendapat para pimpinan parti.

Ini lah yang banyak melanda mahasiswa hari ini. Mereka lebih suka dan ghairah mengaitkan diri pada sesebuah parti politik tanpa berfikir baik dan buruk. Apabila kita mengaitkan diri pada sesebuah parti politik, kita akan cenderung untuk menyokong apa sahaja pendirian parti tersebut. Malah daya intelek kita juga akan menjadi tumpul kerana kita akan melihat isu dari kaca mata politik, bukan dari kaca mata mahasiswa.

Darah muda yang membara di jiwa mahasiswa harus dikekalkan apinya. Menjadi mahasiswa adalah peluang bagi mereka untuk membuat keputusan sendiri. Persetankan pendirian parti politik. Tonjolkan sikap anda sendiri mengenai sesuatu isu. PPSMI contoh nya. Apa lah guna anda menentang PPSMI semata-mata kerana parti yang anda sokong menentangnya.

Anda seharusnya berfikir sendiri, apa sebab PPSMI ini harus ditentang. Di mana silap nya, di mana kekurangan nya. Dengan ini barulah minda anda akan berkembang. Jangan hancurkan potensi anda dengan mengikut telunjuk parti politik secara membabi buta. Berani lah untuk buat salah.

Mahasiswa masih belajar untuk berjuang. Salah sekali-sekala apa lah salah nya. Membuat kesalahan adalah salah satu proses untuk belajar. Apa yang penting adalah keberanian untuk melakukan kesalahan. 
Berani lah untuk mengeluarkan pendapat anda. Biar kan pendapat anda salah. Asal anda berani melontarkan nya. Jika anda salah, anda ditegur. Itu saja.

Oleh kerana anda adalah mahasiswa, peringkat anda ini anda bina lah keberanian untuk berfikir sendiri, bercakap sendiri, membuat sesuatu sendiri. Jangan takut untuk melontarkan idea anda. Takut-takut itu sikap golongan “pelajar”, bukan mahasiswa. Pelajar itu tempat nya di sekolah, bukan di IPT. Jika anda ingin menjadi pelajar, usah jejak kan kaki ke IPT.

Mahasiswa sekarang banyak berlindung di belakang parti politik. Hasil nya, jika parti politik memberi pendapat, maka gelabah lah mahasiswa untuk mencari alasan membenarkan pendirian tersebut. Malang sekali potensi yang ada sudah ditambat pada tunggul parti politik. Ada baik nya AUKU melarang mahasiswa dari menyertai parti politik.

Kita sudah ada lapangan perjuangan di kampus. Buat apa kita sibuk kan diri dengan parti politik. Masuk saja kelab atau persatuan di IPT. Aktifkan diri, tonjolkan bakat anda.
 Jika anda benar-benar berbakat, sudah tentu akan ada tempat untuk anda dalam parti.

Minda mahasiswa masih mentah. Masih banyak yang ada di dunia yang tidak dirasai oleh mahasiswa. Rasailah dulu semua idea di muka bumi ini sementara anda adalah seorang mahasiswa.
 Usah kecilkan skop pemikiran anda pada ideologi tertentu sahaja. 

Menjadi mahasiswa hanya untuk 5 tahun. Usah bazirkan masa ini dengan menjadi aktor di bawah arahan politikus. Bina pementasan anda sendiri, buat skrip sendiri, jadi pengarah sendiri. Biarkan ahli politik dengan permainan mereka. Kita sebagai mahasiswa main lah permainan kita sendiri. 
Lontarkan idea anda. Jadi golongan yang mengeluarkan idea, bukan golongan yang menghebahkan idea.