Pages

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Non-Muslim Tak Boleh Masuk Masjid??

Sekarang ni kecoh satu malaysia isu non-muslim x boleh masuk masjid. Betul ke? Antara beberapa sebab tidak boleh masuk kerana orang kafir dianggap tidak suci dan berpakaian tidak sopan. Tapi..... orang cina yang wat masjid boleh pulak masuk? orang cina yang letak carpet utk muslim sembahyang boleh pulak masuk? orang cina yang baiki elektrik boleh pulak masuk? hmmm. pelik pelik.. kalau gambar kt bawah ni amacam plak? mana lagi sopan? jeng jeng..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigaHAbDrM3pgrcEoBaW8bSVp419W1MkaA-Crs8_AcL_rtFjEOuEm7d26XikmJzDg8TWaAm6Eo7oT1Q0NXsVsjz3OEwj15rI4w69XNQMeReYQjHHD5rGc-WYJpw-QfalkHWvGXDyqjuyLM/s1600/47963_1556148753079_1516023991_1389916_4893531_n.jpg

bak kata tuan guru nik aziz;

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya.

Mungkin jawapan yg lebih jelas adalah disini:

Part 1


Part 2


Part 3

Pelindung Vs Perosak

Pelindung Vs Perosak
www.iluvislam.com
Oleh: Farhana
Editor: Rasailul Ashwaq



Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.






Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?


Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.


Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another. Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah? 


Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa ‘enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?


Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!


Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!


Wahai 1ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!


Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...


Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar? 

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?

Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan 2husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah? 

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?




Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?"


(Hadis riwayat lmam Muslim)


Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halalkan'? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.


Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.



Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.





Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"


Aku menjawab, "Ya, benar." 

Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."


(Hadis riwayat Imam Ahmad)



Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.





Glosari

1 Ar-rijal: Lelaki, pemuda.
2 Husnul khatimah: Pengakhiran yang baik.

MLM???

Semua org ingin menjadi kaya.. dan selalunya nafsu yg tinggi inilah yg menyebabkan kita terlalu ghairah utk mengejar kekayaan. Selagi adanya jalan pintas selagi itula kita akan cuba menggapainya. Ya mmg ada jalan pintas.. Ya.. dengan trend zaman sekarang…. MLM..

 Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingkat bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)
MLM adalah sebuah perniagaan yg sungguh menguntungkan namun MLM juga seprti ayam. Ada yg halal dan haram sebagaimana ayam yg tdk disembelih pastinya adalah haram dan yg disembelih pastinya adalah yang halal.
Namun adalah amat sedikit utk kita menemui yg halal.
Unsur-unsur MLM yg haram: (dipetik dr zaharuddin.net)
Keputusan Majma Fiqh Sedunia ? 
Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:
Ø      Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.
Ø      Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.
Ø      Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.
Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakahiaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Kita melihat disini terdapat byknya halangan untuk kita mencari MLM yg halal. Ada yang memujuk aku untuk menyertainya dengan menunjukkan bukti2 bahawa ianya halal dan mempunyai penasihat syariah. Ya produknya amatnya bagus tapi terang-terangan ianya amat tidak sesuai bagi aku yg masih muda. Ingat Produk MLM perlulah dibeli dengan tujuan yg sebenar!! Ya kita perlulah berfikir semula walaupun MLM itu adalah halal tapi apakah tujuan kita membeli produk hanya untuk mendapat lesen mencari downline?? Adakah  produk itu disimpan selamanya..?? Bukankah itu sudah membazir..

Lagi satu nasihat saya yg ingin menceburi ke dalam MLM.(pastikan yg halal!!)
1.   
      1.   Amat tidak digalakkan pelajar menceburinya (lihat no.2)
2.   
       2.   Anda perlulah melihat networking anda.. Adakah mereka mempunyai modal untuk menceburinya. Jika hanyalah 2 3 org sahaja lupakan sahaja!! Tunggu sehingga anda bekerja. Dari situ ramai networking anda yg mempunyai modal.
3.    
       3.  Jangan terlalu mengharap untuk bergantung pada perniagaan MLM kerana bila2 masa sahaja syarikat boleh bankrupt. Jadikanlah perniagaan MLM itu sebagai sebuah kerja sampingan.

Apa yg ingin aku katakan MLM telah berjaya membuatkan anda takut kehilangan duit kepada takut tidak dapat mencari downline. Anda mula gelisah dan cuba sedaya upaya untuk mencari downline.

Wassalam.

Satu Malaysia vs Satu Indonesia

 Persamaan Yang Ada di Nusantara.. Satu kebetulan??


Satu Malaysia
  logo_1malaysia




                                                                    1 Indonesia 


Ini pula bukti bahawa kerajaan Indonesia juga menggunakan penasihat Yahudi APCO

Ganyang Malaysia?????????

Malaysia ku aman?? Wah itu yg aku pk jika aku tiada internet.. Itu yg akn ku pk jika aku bknnya mahasiswa.... Amankah negara kita? Sudah pasti! Itu lah jawapan yg akn timbul pada bibir-bibir yg tak penah nk tahu pasal isu-isu semasa.. Media-massa.. Peranan mereka begitu penting sekali.. Merekala yang akan memberi kita segala informasi.. Mereka juga boleh menjadi BATU API!!

mUTAKHIR ni kita digemparkan dgn satu berita:

Tindakan berpuluh-puluh mahasiswa Indonesia yang menyerbu Kedutaan Malaysia di Jakarta dan melemparnya dengan telur busuk serta menaikkan bendera Indonesia di kedutaan terbabit.

indonesia


bakar bendera malaysia













Aku terkejut apabila mengetahui perkara ini.. Belum lagi reda dengan berita mahasiswa indonesia yang membakar bendera Malaysia sudah ada lg perkara yang begitu tidak beradab. Aku tertanya-tanya mengapa mereka begitu ekstrem dgn Malaysia.. Why?

Setelah diteliti... Ini adalah antara sebab-sebabnya:

1) Tarian jawa oleh iklan melawat malaysia.(mereka mengganggap kita curi budaya mereka)

2) Lagu negaraku yg didakwa telah diciplak dari lagu Tentang Bulan. ( Lagu tentang bulan adalah berasal daripada indonesia)

3) Perebutan isu pulau amlabat

4) Penderaan amah

5) elemen kebudayaan yg didakwa diciplak.

6) Panggilan mat indon (mereka anggap itu panggilan hina)

Inilah antara sebab-sebab yg telah membuatkan mereka marah... Tapi aku masih x fhm.. Kenapa ek???

1) Tarian jawa?? Bknkah ada org jawa yg tinggal di malaysia.. Bahkan parameswara berasal dr indonesia. Jadi apa masalahnya?? Kita berkongsi satu budaya.. Kita adalah bangsa Melayu...

2) Yg lagu ni aku no komen.. tak x taw sgt benda ni.. Yeke sama?? Hmmm.. hbs tu kita berselawat n asma ul'husna ikut irama arab.. Pak arab x kecoh pn..
.
3) Pasal pulau ni.... Tunggulah keputusan makhamah.. statusnya x konpem lg. menceroboh??

4) Penderaan amah?? c'mon la.. Hbs tu dorang rompak,rogol,wat maksiat sana sini kt bumi Malaysia ni boleh plak...

5) smla komen cm sebab yg pertama..

6) mat indon tu kata singkatan.. aiyaa.. mat tu kn manusia@muhd n indon tu indonesia.. kalau panggilan panjangnya manusia indonesia bermaksud rakyat indonesia atau panggilan manja mat indon.

Aku masih berfikir lagi.. Mengapa mahasiswa indonesia yg beriya-iya?? x nmpk plak amah2 yg protes, xpn pekerja kontraktor.. Kenapa ek ramai indonesia pohon status tetap kat malaysia ni?? indonesia kan ade....

Kesimpulannya disini.. kesan daripada bangsa melayu dijajah.. pemikiran-pemikiran anak muda masih belum lg merdeka. Igt lg x buku teks sejarah Form 5?? Berkenaan negara bangsa?? Ya... sebab negara bangsa la jatuhnya khalifah uthmaniyah.. sebab negara bangsa la.. umat islam tdk bersatu padu.. msg2 dgn jati diri negara masing-masing.. bila bumi islam diperkosa, kita mendiamkn diri kerana bknnya negara kita... sebab itula umat islam tdk kuat sepeti dahulu..
Wahai umat islam... jgnlah diperbodohkan dengan perkara yg remeh temeh.. Eloklah kita bersatu padu.. Tidak kira malaysia ke, indonesia ke, singapura ke...

Kepada rakyat malaysia.. diharapkn byk bersabar.. yg belajar kat indonesia tu hati2 k.. diamkn diri sahaja jika dicemuh.. semoga anda selamat...

Jadi apa usaha kita utk menghalang perkara ni...?? Di bawah ni aku ltk link2 banned forum ganyang malaysia.. sila bukak forum ni.. n kt bawah belah kiri buatla report utk moderator facebook supaya remove blog ni.. Ok la.. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.. azam kita dptkn malam lailatul qadar..

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!


Happy independant day.. I really want to scream out Merdeka!Merdeka!Merdeka!.. I hope malaysia will be more success. I hope so.. physically and mentally.. It is more nicer we celebrate it with 'sembahyang hajat' n 'sujud syukur'. But i feel dissapointed when the govermant rise up the price of Ron97. Rm1.80 before this will become RM2.05/liter.. Wow..
It is not suitable time.. Really.. this ia a gift to the rakyat... Ya.. Pencapaian diutamakan rakyat didahulukan.. or we can change it.. Kekayaan diutamakan kroni-kroni didahulukan.. Argh.. i'm so frustrated... Why?why?why? huh...#$#

UPTREND dan Hai-O


Kisah Uptrend & Hai-O Oleh
Perunding Kewangan Islam
www.zaharuddin.net
( Komentar saya menggunakan tulisan condong )
Salam

Semalam seorang saudara saya menelefon. Beliau seorang "usahawan" Hai-O. Baru tiga empat bulan join Hai-O, beliau telah dapat anugerah (tak sure anugerah apa) dan dapat hadiah pakej umrah. InsyaAllah hari Sabtu ni bertolak. Saya baca di akhbar, Hai-O hantar 212 agennya menunaikan umrah dengan kos melebihi RM1juta.

Perlu siasatan lagi ?

Saya tanya saudara saya ini, bagaimana beliau melayakkan diri memenangi pakej tsb. Kata beliau, dengan jumlah group sales RM100,000. Beliau cuma perlu recruit 5 downline dengan sales RM20k seorang. Saudara saya ini juga telah melabur RM20k utk business tsb. Ada yang pakai duit sendiri, ada yang buat loan. Saudara saya ni cuba juga mengajak adik beradik yang lain join beliau, tapi setakat ni belum ada yang mengikut, alhamdulillah.

Saya pernah membeli produk Hai-O semasa saya masih bekerja tahun 2000 dulu. Tak dinafikan, masa tu seolah-olah satu trend pula memakai pakaian pelangsing badan ni. Syarikat saya bekerja tu 60% wanita, jadi trend macam ni mudah meresap. Kalau tak Beautiful, Crony atau pelbagai jenama lain lagi. Boleh dikatakan semua pekerja wanita masa tu ada pakaian pelangsing ni. Jadi bila saudara saya ni cuba approach saya, alasan saya, saya tak boleh jual sebab kawan-kawan saya semua dah ada produk ni 7 tahun dulu. Saudara saya kata, "kita sekarang bukan jual produk, kita jual peluang. Mudah dapat downline, sebab orang tahu ini lubuk duit."


KOMEN SAYA :
Maaf, saya tiada info tentang Hai-O samada plan mahupun produknya. Cuma apa yang saya tahu, syairkatnya memang besar dan tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur, dan syarikat ini bukanlah syarikat patuh Shariah jika ingin membeli saham mereka. Tapi dalam urusan membeli produk mereka dan memasuki sistem kaki mereka, wallahu 'alam, tidak saya tahu hukumnya dan eloknya diberikan kepada Penasihat Shariah mereka sendiri. Malangnya syarikat ini nampaknya tiada penasihat Shariah, maka terpulang kepada pesertanya untuk menanggung sendiri status halal atau haramnya. Wallahu 'alam.

Perkataan "lubuk duit" tu mengingatkan saya pada seorang jutawan Uptrend yang saya jumpa minggu lepas. Itulah ayat yang beliau guna, "kita kongsi peluang","ini lubuk duit". Saya setuju untuk jumpa jutawan Uptrend tu sebab saya nak tahu dengan lebih detail ttg Uptrend. Dan saya nak sangat jumpa dengan beliau bila saya tahu yang beliau mempunyai ijazah perundangan dari UIA.

ye ke lubuk duit ? atau lubuk neraka ?Berdasarkan penerangan lengkap jutawan Uptrend tu, saya dapat simpulkan yang Uptrend memanglah satu skim piramid, skim cepat kaya. Dengan bayaran minimum RM308, peserta dapat satu kotak kopi. Bila saya tanya, berbaloikah RM308 utk kopi sekotak, kata beliau, peserta juga dapat online system yang canggih. Kata beliau, bukan mudah nak develop online system tu kat luar. Masalahnya, kalau tak join Uptrend, perlukah kita pada online system tu? Dan lagi, kenapa perlu syarikat Uptrend charge semua peserta untuk system yang dibangunkan untuk business? Tidakkah itu memaksa secara tidak adil?

KOMEN SAYA :
Pertamanya, pembaca perlu tahu bahawa saya sudah menghubungi pegawai pemasaran uptrend di nombor 03-7957 9366, membuka web uptrend dan bercakap dengan ahli uptrend bagi membolehkan saya membuat ulasan ini.
Menurut majlis fatwa Indonesia, barangan yang dijual dengan harga jauh melebihi harga pasaran adalah haram. Sila buka fatwa mereka di sini.
Ini pula senarai harga yang terdapat di web :-
NOCODEDESCRIPTIONSBVIBP (RM)*DELIVERY (EM)**S-POINTSRETAIL PRICE(RM)
1EP0005Coffee X'Sotika
(10sachets)
2 Box45.6152.007.60152120.00 Per Box
2EP0006LumiGlow E. Skin Cream (50G)1 Btl45.6152.007.60152285.00 Per Btl
3EP0007LumiGlow E. Skin Cream (50G)4 Btl159.6532.0011.40532
4EP0008LumiGlow E. Skin Cream (50G)10 Btl300.21200.8026.601201
5EP0011Omega Plus3 Btl60.8152.007.6015276.00 Per Btl
6EP0010Oxylife2 Btl45.6152.007.60152142.50 Per Btl
7EP0004Uptrend Red Yeast Coffee (20 sac)10 Box19.95130.0030.4013023.00 Per Box
8EP0013Uptrend ClensUp1 Box1953.207.6053121.60 Per Box
9EP0014Uptrend TrimmUp2 Box76212.811.40213228.00 Per Box
10EP0015Uptrend HealUp2 Btl1953.2011.405357.00 Per Box
11EP0016Nine Immuna1 Btl34.279.807.6080114.00 Per Btl
12EP0017Nine Pepta1 Btl34.279.807.6080114.00 Per Btl
13EP0018Nine Muda1 Btl34.279.807.6080114.00 Per Btl
14EP0019Nine Flexa1 Btl34.298.807.6099144.40 Per Btl
15EP0020Nine Immuna, Muda, Pepta, Flexa1 Btl Each125.4319.207.60319486.40 Per set
16EP0021Oncoblast
(12 Btl/Box )
1 Box87.4399.0011.40399475.00 Per Box
Adakah ia harga pasaran?. Maaf lebih elok jika anda mengkajinya sendiri. Contoh termudah adalah sekotak kopi dengan harga RM 120 ?!.
Menurut seorang rakan dan pensyarah yang mempunyai PhD dalam Shariah dan undang-undang serta merupakan pakar kewangan Islam di Malaysia dan antarabangsa yang berkaliber. Produk-produk yang tidak mempunyai nilai yang benar-benar diperlukan ketika dibeli adalah sebenarnya palsu sahaja. Ia dinamakan 'conduit' atau pemangkin untuk mengabui mata orang ramai dan penguasa tentang sifat piramid skim mereka. Lalu beliau berpendapat ia haram. Hal ini tetap terjadi walaupun syarikat tersebut mempunyai produk, ia terjadi apabila pengempen menggunakan ayat seperti yang digambarkan di atas iaitu :
"kita sekarang bukan jual produk, kita jual peluang. Mudah dapat downline, sebab orang tahu ini lubuk duit."
Pihak Uptrend kelihatan peka dengan meletakkan fakta berikut di web mereka :-
11.
How can one know whether a company is promoting 'get-rich-quick' / pyramid scheme?

Generally, a company that promotes their business by placing emphasis only on their marketing plan, and everything else is only about money, money and money. Their products are also very limited. Usually they don't care about training & personal development. Besides that, they just encourage 'head-hunting', no personal sales or repeat sales is required. Usually people who join later cannot earn more than the people who join earlier.
Bagus, tapi masalahnya, contoh di atas menunjukkan ada ahli yang bertindak seperti pencari 'kepala' atau 'head hunting' dan bukan menjual produk. Benar, kesilapan seorang tidak boleh dikenakan kepada seluruh skim. Masalahnya, bukan seorang tapi cukup ramai yang sebegini, terlalu banyak laporan yang saya terima demikian, menyebabkan sekali imbas, saya merasakan ini adalah skim cepat kaya kerana mencari kepala tanpa mengendahkan produk. Justeru, adakah info di web uptrend ini benar-benar di fahami oleh ahli mereka ??

Mungkin juga ada sebahagian pengempen yang benar-benar berkempen barangan serta mengajar cara kegunaan dan kelebihannya (sebagaimana jika dirujuk dalam webhttp://www.uptrend2u.com/, mereka mempunyai banyak produk sekarang). Individu seperti ini mungkin boleh terselamat dari ciri money game, tetapi terdapat juga pengempen yang dengan jelas menekankan aspek 'kaki' dan 'downline' sebagai penarik utama sebagaimana yang disebut di atas tadi, produk tatkala itu hanyalah alat dan helah. Di ketika itu, syubhat bagi mereka yang mengempen kaki dan peluang semata-mata ini adalah lebih besar berbanding ahli yang mengempen produk dan bukan kaki.
Justeru, hukum ke atas dua individu boleh menjadi berlainan dalam hal ini berdasarkan kepada apa yang mereka kempen dan perkatakan. Seperti sebiji roti yang halal, lalau dikempennya kebaikan roti itu agar pembeli membeli, tatkala itu sistem downline telah menjadi sampingan sahaja, ia mungkin ada peluang. Berbeza dengan orang yang tidak mengendahkan roti itu, yang penting dikempennya sistem dapat duit dengan cari orang bawah sahaja

Bagi saya jika sesebuah produk itu tidak mungkin akan dibeli tanpa sistem komisyen kaki tadi, ini bermakna produk itu hanyalah pemangkin dan pengabui mata sahaja. Jika dilihat dari web uptrend iaitu http://www.uptrend2u.com/ kelihatan mereka mempunyai pelbagai produk. Cuma perlu dilihat pula cara kempen dan kiraan komisyen dilakukan. Setakat mempunyai produk yang benar-benar sahaja, tidak menjadikan sesuatu skim itu halal terus.
Saya tidak mengatakan hal 'pengabui mata' seperti di atas adalah terpakai untuk uptrend, tetapi saya menyebutnya secara umum kepada mana-mana skim yang produk yang dijualnya tiada sebarang nilai sebenar dan tiada pula releven untuk dibeli oleh pembeli jika tiada sistem komsiyen dan kaki.
Jika yang membeli menyertai dengan niat untuk memasuki sistem kaki dan lubuk duit yang dimaksudkan. Tatkala itu, ia punyai elemen judi kerana terdapat unsur seperti bertaruh dan punyai elemen riba al-fadhl dan an-Nasiah kerana meletakkan duit untuk mendapatkan duit yang lebih banyak di masa hadapan. Wallahu 'alam terpulang kepada anda, tidak perlulah anda marah dengan tulisan ini.
Yang menjadi lebih tidak adil, kebanyakan peserta membeli lebih dari 1 kedai (istilah mereka untuk akaun). Yang jadi jutawan tu semua beli 7 kedai dengan harga RM2k++. Maknanya, untuk setiap kedai, mereka membayar lebih kurang RM200 ke RM300 untuk menggunakan system tersebut sedangkan hakikatnya, seorang peserta sepatutnya cukup dengan satu akaun sahaja.

KOMEN SAYA
Ye, ada benarnya pandangan saudari kerana satu akaun sememangnya sudah cukup, apa sebabnya perlu membeli sehingga 2 akaun dan lebih, Wallahu 'alam.
Bila saya provoke beliau bahawa Uptrend mengamalkan system piramid, beliau kata saya tidak faham. Beliau menegaskan bahawa punca pendapatan beliau adalah satu keuntungan syarikat. Syarikat Uptrend begitu murah hati untuk berkongsi sebanyak 80% keuntungan dengan ahli-ahli. Padahal, yang saya nampak, bukan 80% keuntungan, sebaliknya 80% dari hasil jualan package mereka itu, mereka bayar kepada penaja2/upline. Maknanya hanya 20% yang syarikat ambil untuk kos produk dan pentadbiran mereka.

Tapi saya tak kuasa nak 'argue' lagi sebab setiap kali saya 'argue', beliau mengatakan saya tidak faham. Ini juga satu teknik psikologi dlm menjual. Secara psikologi manusia tidak suka dikaitkan dengan pekara negatif. So, nak tunjukkan yang kita positif, kita faham, itu yang ramai sign-up, swipe credit card untuk join. Bila dah terlabur RM2k++, mahu tak mahu, kenalah cari kawan, panggil jutawan ni untuk table talk supaya dapat balik modal tadi. Proses itu berulangulang.

KOMEN SAYA

Terpulang kepada mereka. Tugas anda sudah selesai. Memang mereka sahaja yang faham. Sesiapa juga yang bertemu orang seperti ini lalu mengatakan tak boleh atau haram atau apa-apa jua yang negatif kepada mereka, pastinya akan dikatakan tidak faham. Hanya mereka yang faham kerana apa? wallahu'alam...
Saya membaca cara penyertaan dalam perniagaan ini yang disebut di web mereka :-
How Can i Start?
  • Excellent. Simple as it is, simply follow the 4 steps;
  • Sign up as our IBP with a registration fee of RM38.00
  • Purchase and sell at least one of the Product Packages (SCPP)
  • Introduce this business to at least 2 or more other individuals to join you as an IBP
  • Lastly, simply duplicate the system
By introducing more IBP into the business, you can build a stronger network and you can earn unlimited income.
Lihat, bagaimana syarat menjadi ahli. Bayaran yuran pendaftaran RM 38.
Kemudian diwajibkan membeli dan menjual at least satu product packages iaitu samada IBP yang sekarang berharga RM 342 atau GBE dengan harga yang berbeza. Semua package ini mempunyai senarai produk samada barangan kesihatan dan web maya.
Dan dimestikan memperkenalkan sekurang-kurangnya 2 atau lebih sebagai kaki sudah bagi memperolehi bonus 'matching' sekitar RM 57. Terdapat juga komisyen tajaan sebanyak RM 15.20 bagi IBP.
Sebagai individu Shariah, saya melihatnya dari sudut aqad setiap satu arahan ini. Ini menimbulkan tandatanya saya. Saya tidak mengatakan haram terus, saya cuma mengatakan tandatanya siapa yang menyemaknya dan meneliti kesohihan dari sudut Shariahnya. Wallahu 'alam.

Untuk pengetahuan UZAR, orang-orang Uptrend, terutamanya yang berpendidikan agama, menggunakan artikel UZAR tu untuk menghalalkan Uptrend. Itulah hujah mereka yang menyebabkan ramai orang melayu terjebak. Seorang lagi jutawan Uptrend merupakan graduan Ilmu Wahyu. Beliau merupakan upline kepada jutawan graduan undang-undang tadi. Beliau dengan penuh yakin berkata bahawa Uptrend itu halal berdasarkan artikel UZAR.

KOMEN SAYA
Astaghfirullah, bagaimana pula mereka boleh gunakan nama saya?.. Moga Allah ampunkan mereka atas ketelanjuran mereka yang terlalu bersemangat untuk menjadi kaya SEHINGGA MENYALAHGUNAKAN ARTIKEL SAYA dengan cepat tanpa serius dalam menyemak status Shariahnya. Saya berlepas diri dari sebarang kempenan mereka.
Terpulang, pandangan saya hanyalah pandangan peribadi, demikian juga rakan saya di UIA, ia boleh ditolak oleh sesiapa jua. Tiada perlu mengelabah dengan pandangan orang biasa seperti kami.
Terus terang saya katakan bahawa saya adalah salah seorang yang sangat meragui sistem MLM, anda bebas untuk mencari orang lain yang tidak meraguinya. Keraguan saya bertambah bila syarat-syarat jual beli dan agensi tidak diteliti oleh penasihat Shariah yang berkaliber. Bagi saya, meletakkan target jualan peribadi bagi mendapat komisyen orang bawahan adalah satu syarat yang boleh dipertikai dalam Shariah.
Disebut di web uptrend :-
In every marketing plan or business compensation plan, it is surely designed to offer those who's desire for success and opportunity to become rich. The 'get- rich- quick' scheme as we all know is referred to those plans in which people invest money to make money without working. The Uptrend2u marketing plan is an approved marketing plan which is based on performance, strictly 'no sales, no bonus'. To earn bonus in Uptrend2u's Master Plan, every IBP must maintain at least RM152 per month.
Saya sangat kurang selesa dengan syarat mesti maintain RM 152 per month untuk mendapat bonus. Rasional yang diberi adalah pendapatan adalah 'based on performance', tapi mengapa dikaitkan pula hak ahli mendapat komisyen orang bawahnya dengan jualannya sendiri.?
Ia adalah satu kaitan yang meragukan dari sudut Shariah kerana ia adalah dua aqad yang berbeza. Aqad jualan tidak seharusnya dikaitkan dengan aqad agensi dengan upah. Ia sepatutnya dipisahkan sama sekali. Bermakna, hatta ahli tidak menjual apa-apa sekalipun, ia masih berhak mendapat komsiyen orang bawahannya.
Jika ia telah berjaya diselesaikan, tatkala itu akan timbul isu lain pula, iaitu tidak bekerja bagaimanapun boleh dapat komisyen, sebagaimana yang saya sebut bahawa saya pernah utarakan hal ini kepada Syeikh Prof dr Wahbah Az-Zuhayli, iaitu berkenaan hal "tidak bekerja tapi boleh dapat bonus komsiyen orang di kaki yang kesepuluh".
Beliau menyatakan: "adalah tidak halal mendapat keuntungan tanpa melakukan kerja bagi perolehan komisyen tersebut. dan jika mereka semua telah bersetuju, persetujuan itu adalah batil dan tidak sah"
Ini bermakna tugas yang specifik untuk untung yang specifik. Contoh mudah adalah "sapu sampah, untuk dapat upah RM 20". Ini halal, upah dengan kerja.
Dan bukan, "sapu sampah untuk dapat upah dari sapu dan pada masa yang sama menjadi syarat dapat komsiyen dari orang lain membasuh baju." ia sama dengan menyatakan : "Perlu maintain jualan RM 152 sebulan untuk dapat bonus dan untuk dapat komisyen orang komisyen dari jualan orang bawah"
Ini dua perkara berbeza, sapu sampah memang layak mendapat komisyen tersendiri. Mengapa pula tukang sapu layak dapat komsiyen dari kerja si tukang basuh baju?. Hanya kerana dia ditaja oleh si tukang sapu sebelum ini?.
Di sini letakkan syubhah tanpa kerja dapat upah yang dinyatakan oleh Syeikh Prof. Dr Wahbah tadi. Maka jika si tukang sapu juga berusaha membantu basuhan baju di buat, tatkala itu, syubhat akan hilang inshaAllah. Inilah maksud saya.
Cuba kita lihat master plan di bawah, ini menunjukkan orang di kaki 7 hingga 10 menjual, anda akan mendapat 3 % komisyen? Dari sudut Shariah akan di tanya :-
a) Mengapa ?
b) Apa kerja yang anda lakukan untuk layak menerimanya ?
c) Adakah anda 'dhoman' barangan yang dijual sehingga anda layak termasuk dalam kategori "al-Kharraj Bi Ad-Dhoman"?
d) Adakah anda mengeluarkan modal seperti pelabur yang layak mendapat komisyen hasil kerja pengusaha. Masalahnya anda tidak keluarkan sebarang modal untuk kerja orang bawah.
e) Adakah anda dan seluruh kaki anda ke bawah berada dalam satu "aqad musharakah" yang menyebabkan anda layak mendapat sebahagian keuntungan yang di buat?. Masalahnya, rukun dan syarat Musharakah tiada dipenuhi dalam hal ini.
Status - MBVBronze
MBV 76.00
Silver
MBV 76.00
Gold
MBV 76.00
Platinum
MBV 76.00
BonusULBULBULBULB
1st Level15%15%15%15%
2nd Level10%10%10%10%
3rd Level10%10%10%10%
4th Level10%10%10%10%
5th Level3%3%3%3%
6th Level3%3%3%3%
7th Level3%3%3%3%
8th Level-3%3%3%
9th Level--3%3%
10th Level---3%
Menurut pegawai pemasaran Uptrend yang saya hubungi di nombor 03-7957 9366. jadual di atas ini menunjukkan bahawa jika orang di level 7 menaja orang, maka saya sebagai orang yang paling atas akan mendapat bonus sebanyak 3 %. Inilah maksud saya, kenapa, mengapa dan apa usaha dan sebab. Shariah memerlukan sebab yang tepat dalam hal ini.
Saya tamatkan sessi table talk saya dengan jutawan Uptrend tu dengan mengatakan saya akan berbincang dengan rakan-rakan saya pula. Saya tak mampu nak berhujah dengan mereka (mereka 3 org, saya sorang) sebab bila saya argue, mereka kata saya tidak faham. Sorang dari mereka, budak ni naif sikit, tak habis-habis tanya saya bila nak join. Kesian dia, sebab dari awal pertemuan tu saya dah terangkan siapa saya dan tujuan saya jumpa mereka hanya sebab saya nak tahu pasal Uptrend.

Saya sebenarnya sedih. Ramai sangat orang melayu yang terlibat dengan skim-skim begini. Di dalam kita sibuk dengan perbankan Islam, halal haram duit kita, ramai melayu yang boleh hanyut dengan skim cepat kaya yang menawarkan income yang tak pasti sumbernya. Yang lebih sedih lagi, 'founder' syarikat-syarikat begini adalah kaum tertentu. Tapi ahli-ahlinya majoriti melayu. Kadang-kadang terfikir, apakah ini agenda mereka nak lalaikan orang melayu?

KOMEN SAYA
Wallahu 'alam.
Dalam kes saudara saya yang join Hai-O tu, saya memang rasa bersalah sebab tak mampu nak sampaikan kebenaran. Semalam, kata beliau, nak beli mercedes, yang baru pulak tu, sebab nak pakai no plate yang sama dengan group beliau. Dari ceritanya, saya rasa beliau macam didesak oleh para upline, untuk menunjukkan pada potential market bahawa mereka successful. Saudara saya ni serba salah sebab kalau ikut keadaan sebenar, memang beliau tidak mampu. Bayangkan, sudahlah berhutang untuk mulakan business, berhutang kereta mewah pulak untuk berpura-pura berjaya. Sedangkan dalam Islam, berhutang ni last resort je.

Saya tak tau nak buat macamana. Kalau di dalam kelas saya, saya memang tegas menentang skim-skim cepat kaya begini. Dalam perancangan kewangan Islam, kita mendidik orang ramai supaya mencari pendapatan yang halal, berbelanja secara sederhana, mengurus hutang dengan bijak (kalau boleh jgn hutang in the first place) dan mengagih kekayaan dengan betul. Tapi bila dengan saudara sendiri, yg saya patut hormati pulak tu, kelu lidah saya jadinya. Saya hanya mampu sampaikan pada saudara-saudara lain supaya jangan terjebak, tapi bila yang dah terjebak dan kaya, tak sampai hati pulak. Macamana
pun, insyaAllah saya akan cuba menyampaikan yang benar pada saudara saya ini.

Pada sahabat-sahabat di group ini, marilah kita sama-sama berjuang menyedarkan orang melayu Islam ni tentang mencari kekayaan secara halal. Perangilah skim-skim cepat kaya begini sebab ia hanya melalaikan umat Islam. Bukan setakat wang ringgit, masa yang sepatutnya diluangkan bersama keluarga pun habis digunakan untuk bermeeting, bermotivasi. Sayang sangat, kalau semangat mereka ini disalurkan pada kegitan ekonomi yang halal, tentu dah lama kaya umat melayu ni.

Sekian, semoga tulisan saya ini memberi manfaat pada ahli group ini. Yang baik itu dari Allah, yang lemah itu dari diri saya sendiri.

Wasalam
Email ini diterima dari puan xxxx yang merupakan seorang Perancang Kewangan Islam. Kerja utama secara part-time adalah Trainer/Lecturer dalam kursus Perancangan Kewangan Islam. Kerja lain adalah perunding takaful/amanah saham Islam dan wasiat Islam. Selebihnya adalah suri rumah. ( DIPETIK DARI EMAIL BELIAU DI ZAHARUDDIN YAHOOGROUPS)
KOMEN
Ingatan saya sekali lagi buat semua secara umum
Nabi SAW mengingatkan kita bahawa :
إن لكل أمة فتنة , وفتنة أمتي المال
Ertinya : "Sesungguhnya bagi setiap umat itu cabaran dan ujian, dan ujian bagi umatku adalah harta" ( Riwayat At-Tirmizi, no 2337 ; Ibn Hibban , Al-Hakim : Sohih menurut Al-Hakim dan disepakati Az-Zahabi. Hasan Menurut Tirmidzi)
Al-Qaradawi mengatakan, godaan harta bukan pada mengumpul dan mendapatkannya melalui cara yang halal dan menjaga kewajiban agama, tetapi adalah dalam ke'gila'aan mendapatkannya, mencarinya dan menyimpannya walaupun dari jalan yang haram. Selain itu, ia juga tidak endah untuk membelanjakannya walaupun dengan cara yang haram asalkan berbaloi menurut aqalnya, tiada pertimbangan halal dalam hatinya.
Sebagaimana yang digambarkan oleh Allah, salah satu tanda kehilangan keberkatan dalam perolehan harta adalah :-
أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )
Inilah sikap kebanyakan hartawan dan jutawan Muslim (yang bukan Muslim sudah tentu bukan fokus kita) di seluruh dunia. Apabila mereka berada di puncak kekayaan, ramai di antara mereka tidak memandang penting kepada unsur keberkatan, halal dan peraturan dan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah, kerap kali mereka anggap perbincangan seperti ini adalah kuno dan ketinggalan zaman.
Allah menegaskan :-
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
Ertinya : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" ( Al-Kahfi : 46 )
Menurut Syeikh Ibn Asyur ayat dari surah Kahfi di atas mengingatkan kita betapa perlunya kita menyedari amal soleh dan keberkatan adalah lebih perlu diutamakan dari harta banyak tanpa halal. Jadi dalam konteks ini, walaupun anda mendapat untung yang banyak ia belum pasti lagi menggembirakan anda di barzakh kerana ia mungkin sesuatu yang haram.
Jika pertimbangan keduniaan menguasai diri, ia adalah suatu tanda dan bukti umat Islam sudah semakin hilang sensitiviti terhadap kebenaran alam barzakh dan akhirat. Sesuatu yang haram dan syubhat amat zalim kepada Allah SWT walaupun amat menarik di sisi mata dan hati manusia.
Allah mengingatkan kita lagi bahawa :
انظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَلَلآخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلاً
Ertinya : "Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian (yang lain dalam perolehan harta). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya." ( Al-Isra : 21 )
Sekian
6 Ogos 2007