Pages

Blog-Blog Yang Saya Rasa Anda Perlu Ikuti - PART 2

BLOG - BLOG SEJARAH ,KONSPIRASI & IDEOLOGI


1. kebangkitan cahaya islam


blog ini mempunyai ideologi untuk membangkitkan sistem kekhalifan berbanding sistem demokrasi. di samping artikel2 berkaitan ideologi khalifah, ia juga membincangkan juga isu islam dalam fardu ain mahupun fardu kifayah.

2. free our mind

memaparkan konspirasi-konspirasi dunia terhadap pembentukan dunia zaman sekarang. Juga mendedahkan perancangan-perancangan illuminati terhadap dunia.

3. Mistis Files


mengisahkan sejarah-sejarah melayu yang tersembunyi dari buku sejarah yang diajar. penceritaan yang agak 'heavy'. misalnya menerangkan asal usul orang melayu yang dikatakan berasal dari bani Jawi

AKHIR KATA:


Ok, ini antara blog-blog yang sempat saya perkenalkan pada anda. Kalau rasa malas untuk simpan link2 blog ini..senang saja.. lawat sahaja blog saya. kesemuanya telah saya paparkan di blog saya.

                                                paparan kanan blog saya

Moga informasi yang berguna ini dapat kita kongsikan bersama-sama. InsyaAllah.

Blog-Blog Yang Saya Rasa Anda Perlu Ikuti - PART 1

Entri kali ini ingin saya pertengahkan blog-blog yang saya ikuti.  So korang minat blog apa? Blog politik? agama?  lawak? santai? berinformasi? berkarya novel? Kali ini ingin saya perkenalkan pada anda blog-blog  yang telah saya ikuti.

BLOG-BLOG INFORMASI & TEKNOLOGI


1. Jom PHP

Blog ini menceritakan segala perkembangan teknologi di dunia ini. Blog ini juga memberikan segala tips2 yang berguna untuk anda

2. amanz.my

Blog ini juga sama seperti JomPHP tetapi kelebihannya adalah sentiasa diupdate dan membawakan perkembangan-perkembangan syarikat teknologi berkaitan produk mereka.


BLOG-BLOG INFORMASI AGAMA & MOTIVASI


1. Langit Illahi


sebuah blog dipunyai oleh orang muda yang juga seorang penulis buku. Idea yang dikemukakan adalah bernas dan menarik. antara blog kegemaran saya yang sentiasa diupdate.

2. GentaRasa

blog ustaz pahrol. perkataan yang ada di blog byknya motivasi diri dan juga hal agama. entrynya amat berguna utk pedoman kita semua.

3. PakarHowTo

Sesuai dengan nama blognya..blog ini byk memberikan tips-tips sama ada dari segi kesihatan, agama, perhubungan ataupun teknologi.


BLOG-BLOG SANTAI


1. my Milk Toof

 menggunakan pendekatan yang sgt berbeza daripada blog-blog yang lain. blog ini menggunakan gambar-gambar untuk penceritaan. sungguh kreatif dan sgt COMEL!!  watak utama adalah 2 sahabt gigi..hehe

2. conteng-conteng


 menggunakan pendekatan yang sama dengan my milk toof tetapi bukannya gambar sebagai medium tetapi lukisan contengan sendiri untuk dibuat penceritaan.

Selamat Hari Raya

Has been a year,
It comes again;
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.


Mountain Daik's branches got three,
Pandan Island is far far in the middle;
With friends, relatives and family,
Hari raya is time to mingle.


If your garden got hot spring,
May I take a dip in it please?;
Balik kampung time better no speeding,
Unless you wanna give bonus to the police.


Push wood pull wood,
Keranji fruit inside a boat;
Hari raya got lots of food,
But don't eat too much like a goat.


Two three cats run run,
Where got the same as the striped one;
That's all for me I gotta run,
Duit raya? Where got one?


Jackfuit just outside the yard,
With bamboo stick give it a whack;
Salam aidilfitri from the bottom of my heart,
If you want more, wait till I get back.





p/s: iklan ni walaupun xde kena mengena dgn hari raya. cuma nak tunjuk semoga selamat balik kampung!!

Pabila Hitler Pun Nak Beraya!!

Aku ske tgk video..sape yg mengedit ni mmg kreatif...


Pembantut Kematangan

Terjumpa satu artilek yang menarik.

Sumber: http://ms.langitilahi.com


Bilakah kamu hendak melihat dunia dan akhiratmu dengan serius wahai pemuda pemudi? ~ picture by 5letters of deviant art

Bilakah kamu hendak melihat dunia dan akhiratmu dengan serius wahai pemuda pemudi? 

Hari ini jika memerhatikan dengan lebih teliti, maka kita akan perasan betapa kematangan telah semakin memudar dari kalangan remaja dan pemuda kita. Perkara yang sama juga berlaku kepada remaji dan barisan pemudi.

Kebanyakannya, masa muda dihabiskan dengan kerseronokan dan hiburan semata-mata. Bermain-main dan bersenang lenang bersama teman sahaja. Masa dan waktu dibazirkan begitu sahaja. Tenaga dan kudrat tidak disalurkan pada tempat yang sepatutnya.

Kematangan yang telah pudar, membuatkan kurang yang merasakan tanggungjawab untuk mewarisi kepimpinan hari ini bagi melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Hakikatnya, perkara ini menggusarkan.

Siapakah yang terfikir, betapa pemuda pemudi hari inilah yang mencorakkan masyarakat masa hadapan? Maka kegusaran yang ada pada diri saya ini sepatutnya wujud di dalam diri mereka.

Terperangkap di dalam zon yang selesa

Penyebab utama mengapa kematangan terbantut adalah kerana pemuda pemudi kita hari ini telah diperangkap di dalam satu zon yang selesa. Ini membuatkan akal mereka tidak mampu berfikir di luar kotak kehidupan mereka.

Pemuda-pemudi hari ini hidup di era keamanan dan kedamaian. Mereka dipimpin dan telah meletakkan diri mereka untuk menjadi pengikut sepanjang masa. Mereka tidak pernah hendak memecahkan kerangka ‘pengikut’ itu untuk menjadi seorang ‘pemimpin’.

Tempat belajar disediakan, kerjaya disediakan, makan minum disediakan, duit disediakan, dan keamanan serta kedamaian bersama kemakmuran juga tersedia di hadapan mata. Tidak menjadi masalah untuk mereka dan tidak perlu bagi mereka bersusah payah berfikir itu ini untuk mendapatkan semua.

Akhirnya, keselesaan ini yang mengabui mereka untuk berfikir panjang, dan menyedari bahawa satu hari nanti, akan tiba waktunya untuk mereka pula mengganti kepimpinan hari ini, dan menyediakan semua itu kepada anak-anak zaman hadapan pula.

Persoalannya, apakah dengan ketidak sedaran hari ini, kita mampu memberikan yang terbaik kepada anak-anak masa hadapan? Bilakah masa kita untuk bersedia memberikan yang terbaik sekiranya kita baru sedar ketika mendapat tanggungjawab nanti?

Kematangan hadir dengan memecahkan tembok masa hadapan

Hari ini, mungkin kita tiada tanggungjawab sebagai bapa atau ibu untuk mencari duit menyara anak-anak dan menjaga makan pakai mereka.

Hari ini, mungkin kita bukan pemimpin negara yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara, mentadbir dan menguruskan negara bagi menyediakan suasana yang terbaik kepada masyarakat dan kehidupan termakmur buat mereka.

Dan banyak lagi contoh tanggungjawab. Paling kurang, kita perlu memimpin diri sendiri di dalam arus perdana hari ini. Memimpin keluarga agar menjadi keluarga yang baik di dalam arus globalisasi hari ini.

Ketiadaan tanggungjawab-tanggungjawab itu pada kita hari ini, menyebabkan kita alpa dan leka, lalai dan rasa hendak bermain sahaja. Maka akal kita tidak berkembang untuk mencari pengalaman, menambah pengetahuan, bagi mempersiapkan diri agar berada dalam kondisi yang terbaik ketika kita benar-benar memegang tanggungjawab nanti.

Maka terjadilah penurunan kualiti saat kita benar-benar perlu melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab tadi. Kerana apa berlakuknya penurunan kualiti ini? Kerana kita hakikatnya tidak bersedia sedari awal.
Saat memegang tanggungjawab, baru hendak bersedia. Selama ini, kita asyik memandangnya sebagai ‘perkara maasa hadapan’.

Sekiranya kita sedari awal memecahkan tembok masa hadapan ini, kematangan itu akan hadir di dalam diri. Kita akan berfikir sebagaimana orang dewasa berfikir. Kita akan rasa ralat dengan waktu-waktu yang terbazir, dan kita akan serius menambah pengetahuan serta menajamkan pemikiran bagi mempersiapkan diri di dalam kondisi terbaik untuk memegang tanggungjawab yang akan kita pegang nanti.

Mereka itu matang

Di sinilah kita lihat perbezaan antara kita dengan kanak-kanak di zaman Rasulullah SAW dan zaman terdahulu sebelum kita.

Sebagai contoh, Abdullah ibn Umar RA adalah seorang kanak-kanak di zaman Rasulullah SAW. Tetapi direkodkan bahawa dia telah mengikuti majlis-majlis bersama dengan para sahabat besar sedangkan usianya ketika itu masih kecil.

Hal ini direkodkan apabila Abdullah ibn Umar RA sendiri meriwayatkan bahawa: “Pada suatu hari, aku mengikuti sebuah majlis Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanyakan akan sebuah pokok yang mempunyai persamaan dengan orang yang beriman. Aku tahu akan jawapannya, tetapi aku jadi malu untuk menjawab kerana menghormati orang-orang yang lebih tua yang berada di dalam majlis itu. Akhirnya Rasulullah SAW sendiri menjawab soalan baginda tadi. Ketika dalam perjalanan pulang, aku menceritakan kepada bapaku(Umar Al-Khattab) bahawa aku mengetahui akan jawapannya semasa Rasulullah menyoal tadi. Bapaku berkata: Aku akan menjadi sangat gembira, sekiranya kau menjawab tadi” Riwayat Bukhari di dalam Kitab Adab Wa Ar-Riqaq.

Contoh yang lain, adalah Usamah bin Zaid RA. Direkodkan bahawa ketika dia berumur 18 tahun, dia telah diangkat untuk menjadi seorang jeneral yang menggepalai tentera menentang Romawi. Lebih mengkagumkan, pada usianya 19 tahun, dia berjaya menewaskan Romawi dengan kejayaan.

Contoh yang lain lagi, adalah Muhammad Al-Fateh. Direkodkan bahawa ketika dia berumur 23 tahun, dia berjaya menumbangkan Konstantinopel. Direkodkan juga, dia pernah diangkat menjadi Sultan ketika berumur belasan tahun, apabila ayahnya, Sultan Murad mengambil keputusan meninggalkan kerajaan bagi menjadi ahli sufi. Hal ini menyebabkan berlakunya kekacauan politik angkara orang-orang tua di dalam kerajaannya. Pada umur yang semua itu, dia berjaya memanggil ayahnya semula bagi memimpin kerajaan dengan kata-katanya yang bersulam kematangan yang amat masyhur di dalam sejarah:
“Wahai Ayahanda, sekiranya ayahanda masih merasakan bahawa ayahanda adalah Sultan bagi kerajaan ini, maka pulanglah. Sekiranya Ayahanda benar-benar telah menyerahkannya kepadaku untuk menguruskannya, maka dengan ini aku arahkan Ayahanda untuk pulang dan memimpin kerajaan ini!”
Dan di manakah kematangan kita hari ini jika hendak dibandingkan dengan mereka?
Di manakah hakikatnya perbezaan antara kita dan mereka?
Sepatutnya kita perhatikan dan memikirkannya.

Penutup: Melepaskan diri dari kebantutan kematangan

Matang adalah indikator terpenting dalam memandu kehidupan kita ke arah kehidupan yang terbaik. Tanpa wujudnya kematangan di dalam diri, maka kita hanya akan menghalakan kehidupan kita semata-mata ke arah keseronokan. Matang adalah pemandu sebenar yang terbaik dalam kita membuat keputusan.

Kematanganlah yang menghalang kita dari nmelakukan perkara yang sia-sia dan merosakkan. Kematanganlah yang menjadikan kita mampu memacu kehidupan diri ke arah terbaik dan memandu pula masyarakat sekeliling ke arah kebaikan.

Yang tidak matang hanyalah akan menjadi pelawak di dalam kehidupan insan, yang membawa dirinya ke arah kehancuran. Yang tidak matang hanya akan menjadi hamba dan bahan permainan. Kita akan tertipu, tertipu dan tertipu sepanjang hayat.
Maka sewajibnya kita menuntut kematangan ini agar wujud di dalam diri.
Bukan sekadar membiarkannya dan tidak kita perolehi.
Sedangkan perkara ini adalah teramat penting sekiranya kita adalah orang yang memerhati.

Non-Muslim Tak Boleh Masuk Masjid??

Sekarang ni kecoh satu malaysia isu non-muslim x boleh masuk masjid. Betul ke? Antara beberapa sebab tidak boleh masuk kerana orang kafir dianggap tidak suci dan berpakaian tidak sopan. Tapi..... orang cina yang wat masjid boleh pulak masuk? orang cina yang letak carpet utk muslim sembahyang boleh pulak masuk? orang cina yang baiki elektrik boleh pulak masuk? hmmm. pelik pelik.. kalau gambar kt bawah ni amacam plak? mana lagi sopan? jeng jeng..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigaHAbDrM3pgrcEoBaW8bSVp419W1MkaA-Crs8_AcL_rtFjEOuEm7d26XikmJzDg8TWaAm6Eo7oT1Q0NXsVsjz3OEwj15rI4w69XNQMeReYQjHHD5rGc-WYJpw-QfalkHWvGXDyqjuyLM/s1600/47963_1556148753079_1516023991_1389916_4893531_n.jpg

bak kata tuan guru nik aziz;

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya.

Mungkin jawapan yg lebih jelas adalah disini:

Part 1


Part 2


Part 3

SEBARKAN!!

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :- 


1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe 

Restoran berikut t elah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran  

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express 

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. 
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. 
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.  

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja . 

  4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha.  Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.   Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu. 

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus. 

 8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM . 

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM. 

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.