Pages

YAKIN


Jipun : Hai jiwang nampak memalam ni.. Teringat mak ke?
Jebon : Perli nampak.. Makan dalam nanti aku Jipun.. Ko macam
tak tau je masalah aku.. Haiih..


Jipun : Takkan la break up lagi Jebon oii? Dah macam hobi kau
pulak aku tengok..

Jebon : Hmm.. Ni dah kali yang ke seratus aku break up Jipun.. Tak
tau la apa yang tak kena.. Memang aku ni ditakdirkan hidup sensorang
ke? Kenapa sorang awek pun tak lekat dengan aku haa.. Tiap2 hari aku
runsing pikir pasal hal ni tau.


Jipun : Aku dah agak, mesti ada masalah dengan awek baru kau ni..
Aku dah cakap tak payah couple2 ni.. Nanti kang kalau kau nak kahwin
haa, baru la cari.

Jebon : Tapi kalau tak cari cemana nak kahwin bai.. Nak kenal2 dulu..
Aku tengok kau ni cool je. Tak pernah nampak runsing pasal awek ke,
nak cari minah mana2 ke.. Kau abnormal ke Jipun?


Jipun : Sampai hati kau kata aku abnormal. Sebenarnya memang
sifat semulajadi aku sejak lahir adalah seorang jejaka cool. Kau nak tau
kenapa aku macam ni?

Jebon : Haa nak nak, cerita la.

Jipun : Kau ingat tak lagi tahun lepas, yang pasal kau merungut
dengan bos kau pasal kerja?

Jebon : Haah ingat.. Nape Jipun?

Jipun : Haa.. Kau tak puas hati dengan arahan bos kau kan. Kau
cakap baik tambah pekerja daripada pakai mesin buat kerja, jimat kos.
Biasa la akauntan kan.. Mesti hebat kira punya.

Jebon : Hehe. Sempat lagi ngutuk aku. Depan-depan pulak tu.

Jipun : Tengok-tengok lepas setahun baru kau nampak yang kerugian
beli robot tu cuma sementara je. Lepas lepas tu dapat jimat sebab robot
tu buat kerja tak berhenti. Kau faham tak maksud aku Jebon?

Jebon : Hush.. Langsung tak faham. Tiba tiba je ungkit tentang cerita
lama. Apa maksud kau ni Jipun. Cuba terangkan.


Jipun : Aku ada 2 soalan untuk kau. Soalan pertama, kenapa masa
tak puas hati dengan bos kau tu, kau tak gaduh sampai kau menang?

Jebon : Mestila.. Dia kan bos aku. Dia la yang bagi gaji kat aku,
kalau aku buat apa2 sampai dia marah kat aku, habis la aku. Silap-silap
kena buang kerja. Huu tak nak..tak nak..


Jipun : Haa soalan kedua. Kau rasa kenapa dia dapat fikir tentang
robot tu, mula-mula kau rasa macam yakin sangat, tapi last-last,
teori dia jugak yang betul?

Jebon : Mestila.. Dia kan hebat. Aku ni kerja kira-kira je. Aku
tak pandai dan hebat fikir macam dia. Kalau dia tak hebat, takdela dia
jadi bos. Walaupun aku rasa mula-mula tu macam aku betul,
rupa-rupanya aku salah. Sebab fikiran aku cetek je, tak macam dia
tahu macam-macam.


Jipun : Hmm.. Tula maksud aku Jebon. Kita semua mencari
kebahagiaan dalam hidup. Tapi kita lupa yang cuma Allah je
yang boleh bagi kita kebahagiaan. Kita sibuk fikir cemana kita nak bahagia.
Cari jodoh dan orang yang sesuai dengan diri kita tanpa berharap
kepada yang Berkuasa dan rasa bahawa kita sendiri yang
menentukan jodoh kita.

Jebon : Erm betul tu.. Aku selalu rasa rasa macam tu..
Huhu.


Jipun : Jadi untuk dapat kebahagiaan, kita tak boleh la buat benda
yang Allah tak suka, sebab cuma Dia yang boleh bagi kebahagiaan
dekat kita. Tapi Allah maha Pemurah, walaupun kita selalu lupa dan
buat benda yang berlawanan dengan perintahNya, Dia sentiasa ingat
dekat kita dan tetap memberi nikmat.

Jebon : Aku selalu nak kebahagiaan Jipun.. Tapi baru aku sedar yang
cara-cara aku tu semuanya tak yang macam Allah suka. Astaghfirullah..


Jipun : Allah maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik
untuk kita. Kadang2 kita rasa sesuatu tu baik untuk kita, tapi akal kita
sebagai hamba ni sangat terbatas. Kita kena sentiasa yakin Allah
lebih mengetahui berbanding kita. Tanggungjawab kita sebagai hamba
ialah ikut perintah Allah, dan jauhi laranganNya. InsyaAllah semuanya
akan selamat.

Jebon : Aku selalu rasa yang aku tahu semua Jipun.. Tapi aku lupa yang
pengetahuan aku ni lemah. Sampaikan akal aku ni pun Allah yang bagi.


Jipun : Salah satu antara rukun iman ialah beriman kepada Qada
dan Qadar. Jadi kita kena sentiasa yakin dengan apa saja yang Allah
tetapkan. Kita mesti yakin juga yang Allah telah menetapkan tentang
jodoh untuk kita.

Jebon : InsyaAllah..

Jipun : Sebab tu kau nampak aku cool je. Hehe.. Sebenarnya aku
takdela cool sangat. Aku pun manusia biasa macam kau Jebon. Aku
pun ada rasa untuk dapatkan perhatian daripada perempuan. Tapi aku
yakin dengan janji Allah. Yang penting sekarang aku perlu baiki
diri sebaik mungkin, supaya jodoh aku nanti insyaAllah orang
yang baik-baik.

Jebon : Betul tu Jipun. Kadang2 aku terlalu risaukan tentang jodoh
aku, sampaikan aku dah abaikan tanggungjawab sendiri dan
menyebabkan aku kurang yakin dengan ketentuan Allah.


Jipun : Camtu lepas ni sama-samalah kita fikir tentang cemana
nak baiki kelemahan-kelemahan diri kita. Lebih baik daripada sembang
tentang awek yang tak janjikan apa-apa. Nanti dah sampai masa,
kau dah sedia nak kahwin, baru kita carik. Orait?

Jebon : Tiba-tiba aku terasa baik seperti kau Jipun.. Orait.
InsyaAllah..


Jipun : Jom tido..
Jebon : Kau ni ajak tido lain macam je.. Kau memang betul2
abnormal ke?


Jipun : Haiih..


p/s: diambik dari kuihkuih.blogspot.com

0 comments: