Pages

JAWATAN: KELAYAKAN ATAU NAFSU??





www.iluvislam.com
By : Mohd Amzari Iberahim
azzahra_solehah





Manusia selalu membina hubungan sosial dengan manusia lain di mana pun dia tinggal dan hidup. Hubungan sosial yang dibentuk ini melahirkan sebuah masyarakat yang berorganisasi dan hidup dalam keadaan yang lebih sistematik.

Dalam sebuah organisasi terdapat mereka yang dipanggil pemimpin dan orang yang dipimpin. Pemimpin memainkan peranan yang cukup besar dalam sesebuah organisasi dan tanggungjawabnya adalah cukup berat dan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah tentang tugas dan peranannya sebagai seorang pemimpin.

Jangan sekali-kali meminta untuk menjadi pemimpin sekiranya kita merasakan diri kita kurang berkelayakan untuk memimpin kerana dikhuatiri kita tidak akan dapat menunaikan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu kita seandainya kita menjadi pemimpin. 

Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim pernah bersabda : Maksudnya : “Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” Shahih Al-Muslim: 1791

Dalam hadis ini Nabi melarang keras kita dari meminta jawatan sebagai pemimpin namun bagaimana pula soalnya dengan Kisah Nabi Yusuf yang meminta jawatan? Sebenarnya Nabi Yusuf meminta jawatan dalam keadaan dia layak sedangkan Samurah yang diceritakan dalam hadis ini tidak layak.

Sekiranya Kita Layak Hukum Minta Jawatan Ada 3 Hukum:

Wajib - jika kita tidak minta jawatan itu, menyebabkan berlakunya pengkhianatan, maka minta jawatan adalah wajib

Sunat - jika kita minta jawatan dalam keadaan orang lain pun layak juga, cumanya kita lebih layak dari yang lainnya maka hukum minta jawatan adalah sunat.

Harus - jika kita minta jawatan dalam keadaan kita dan orang lain sama dari sudut kelayakan maka minta jawatan itu adalah harus.

Hukum Mereka Yang Berkelayakan Menolak Untuk Memegang Jawatan Jika sekiranya ada orang lebih layak dan kita tolak jawatan tersebut maka itu adalah yang terbaik namun sekiranya semua tidak layak, hanya kita sahaja yang layak, lalu jika kita tolak juga maka hukum tolak itu menjadi haram.

Kesimpulannya sebelum kita tolak sesuatu jawatan pastikan ada orang yang lebih layak dari kita atau setidak-tidaknya sama layak. Sebelum membuat keputusan untuk merebut sesuatu jawatan hendaklah kita melakukan analisa terhadap diri sendiri terlebih dahulu adakah kita berkelayakan kerana dikhuatiri sebab kita mahukan jawatan hanyalah kerana untuk mencari populariti, publisiti dan menurut hawa nafsu semata-mata.

Fikirlah dengan akal yang sihat dan buatlah keputusan berdasarkan pertimbangan iman sebelum merebut sesuatu jawatan agar kita selamat dari merebut jawatan dalam keadaan kita tidak layak untuk memegangnya.




Soalan Cepumas Untuk Orang Islam



www.iLuvislam.com
peluru
editor : everjihad
Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa?
Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan atau Nabi Isa?
Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa. Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja?

Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.


6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria,bunuh binatang dosa besar"

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"


11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit" 

Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah. 

Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul-betul juga?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman. Soalan-soalan yang nyatakan di atas, sebenarnya memang benar-benar ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya.

Jadi jawapan yang disampaikan pun tak perlu panjang-panjang cukup sekadar ringkas dan padat. Segala kekurangan dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan..Wallahu'alam.


Obama Terbukti Seorang YAHUDi!


Bukti 1:
Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Juli 2008.









Keterangan:
1. Obama memakai Yarmulke, lebai/topi orang Yahudi.
2. Hanya orang Yahudi saja dibenarkan mendampingi Master Jew.
3. Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew (Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan pesan rahasia sesama orang Yahudi saja).


Bukti 2:
Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadah Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel yaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (Upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi). 

Bukti 3:
Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut.


Bukti 4:






Obama dinasihati oleh Rahm Emanuel, seorang Yahudi ketika kampanye Presiden
PadaNovember 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel ) baru saja ditawarkan jabatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih mengagetkan lagi bila mentor Obama sendiri yaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA " dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008.

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel : Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bicara kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007. 

Bukti 5:
Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi yaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts . Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel . 

"My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction" kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007.



Bukti 6: (Obama Melakukan Ritual Yahudi Terkutuk)









Banyak orang bergembira melihat Barrack Obama menang sebagai Presiden Amerika Serikat. Seolah2 Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Banyak pula yang tidak sadar bahawa rekor peperangan yang dibuat oleh Partai Demokrat Amerika lebih banyak daripada Partai Republik-nya. Namun ada juga yang menyebut bahwa tidak ada bedanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?

Jika Bush dianggap kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Obama mungkin lebih halus dan biasa "makan dari dalam". Obama merupakan musuh yang "silent killer" lebih bahaya dari musuh yang terang-terangan. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari sumber dan niat yang sama.

President Termiskin Di Dunia






Presiden Iran saat ini: Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh TV Fox (AS) soal kehidupan peribadinya:
"Saat anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?"
Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya:"Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran."


Berikut adalah gambaran Ahmadinejad, yang membuat orang ternganga dan kehairanan :
1. Perkara pertama yang dilakukannya apabila masuk ke pejabat presiden, beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid2 di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.


2. Bilik yang besar dan luas ruangan untuk menerima dan menghormati tamu VIP lalu beliau memerintahkan untuk menutup ruang tersebut dan menggantikannya dengan ruangan biasa yang hanya ada 2 kerusi kayu,meski sederhana tetapi tetap impresive!




3. Jika ada masa terluang, beliau gemar berbual dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat presidennya.
4. Langkah pertamanya adalah beliau mengumumkan kekayaan dan asetnya yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977,sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah kumuh di Teheran.


5. Informasi seterusnya, Presiden masih tinggal di rumahnya.Hanya itulah yang dimiliki oleh seorang presiden dari negara yang mempunyai kekuatan dari segi ekonomi,politik..itu belum ambil kira dari sumber minyak dan pertahan negara.bahkan beliau tidak mengambil gajinya, alasannya adalah bahwa semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.


6. Seperkara lagi yang membuat staff2 nya kagum dengan sifatnya, adalah beg yang dibawa setiap hari selalu berisi sarapan;roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya dan memakannya dengan gembira,beliau juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.




7. Hal lain yang beliau ubah adalah kegunaan Pesawat Terbang Peribadi Presiden diubahnya menjadi pesawat kargo supaya dapat memberi khidmat kepada rakyat Iran. untuk dirinya..terbang dengan pesawat biasa di kelas Ekonomi!


8. Semasa menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa katil yang tidak terlalu besar kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.Adakah perilaku tersebut merendahkan posisi presiden?Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya.Menurut akhbar Wifaq, foto2 yg diambil oleh adiknya,kemudian disebarkan oleh media masa di seluruh dunia, termasuk Amerika.


9. Sewaktu solat berjemaah, anda dapat melihat bahawa beliau tidak akan berada di saf paling hadapan.


10. Bahkan ketika suara azan berkumandang,beliau terus menunaikan solat walau di mana pun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa.
14. Baru-baru ini beliau baru saja menerima seorang menantu. Tapi pernikahan putera Presiden ini seperti pernikahan orang bawahan.berikut disertakan gambaran pernikahan itu:


Saya suka membaca perihal Presiden Iran yang menjalani hidupnya dengan amat sederhana selaras dengan tuntutan Islam. Melalui artikel ini diharapkan dapat membuka minda kita agar insaf dan sedar bahawa bila kita berkuasa, jangan disalahgunakan kuasa yang ada dan bersikaplah seadilnya untuk kebaikan bersama.


Mudah-mudahan kita akan bertemu pemimpin sebegini sifatnya di Malaysia...mungkinkah ketemu??!! Wallahua'lam...


sumber: www.unik77.TK

Mengeluh Lagi ?
























Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya

Kita bertanya : 
Kenapa aku  diuji ?
Quran menjawab:

“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3) 


Kita bertanya : 
Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?
Quran menjawab,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini ?
Quran menjawab,

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286) 


Kita bertanya : Kenapa mesti frust ?
Quran menjawab,

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." 
(Surah al-Imran, ayat 139) 


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ?
Quran menjawab,

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”      (Surah al-Baqarah ayat 45)


Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab.

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab,

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)


Kita berkata : Aku tak tahan!!!
Quran menjawab,

“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87) 


Kita berkata: Sampai bila aku merana begini ?
Quran menjawab,

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)  



Sudah.. Jangan mengeluh.. Jom baca Quran..

Mahasiswa dan Parti Politik




Golongan mahasiswa adalah golongan yang istimewa. Amat jauh beza antara golongan mahasiswa dengan golongan yang lain. Di zaman keemasan bagi seseorang insan, golongan mahasiswa seharusnya sedar bahawa mereka mempunyai potensi yang sangat besar dalam melayari kehidupan seharian. Maksud melayari kehidupan seharian bukan hanya masalah “top-up” atau duit belanja, tapi melayari kehidupan di sini termasuk juga memberi respon pada isu-isu semasa yang menjadi warna kehidupan.

Potensi mahasiswa yang amat besar ini seharusnya digunakan sebaik mungkin. Adalah malang jika para mahasiswa membiarkan sahaja waktu di kampus berlalu tanpa apa-apa makna. Mahasiswa tugasnya mengeluarkan pendapat. Bukan namanya mahasiswa jika ia tak berani mengeluarkan pendapat sendiri. Akan tetapi, jika mahasiswa sejak mula lagi sudah mengambil keputusan mengikat diri pada parti politik, maka sudah tentu pendapat mereka hanya lah lanjutan dari pendapat para pimpinan parti.

Ini lah yang banyak melanda mahasiswa hari ini. Mereka lebih suka dan ghairah mengaitkan diri pada sesebuah parti politik tanpa berfikir baik dan buruk. Apabila kita mengaitkan diri pada sesebuah parti politik, kita akan cenderung untuk menyokong apa sahaja pendirian parti tersebut. Malah daya intelek kita juga akan menjadi tumpul kerana kita akan melihat isu dari kaca mata politik, bukan dari kaca mata mahasiswa.

Darah muda yang membara di jiwa mahasiswa harus dikekalkan apinya. Menjadi mahasiswa adalah peluang bagi mereka untuk membuat keputusan sendiri. Persetankan pendirian parti politik. Tonjolkan sikap anda sendiri mengenai sesuatu isu. PPSMI contoh nya. Apa lah guna anda menentang PPSMI semata-mata kerana parti yang anda sokong menentangnya.

Anda seharusnya berfikir sendiri, apa sebab PPSMI ini harus ditentang. Di mana silap nya, di mana kekurangan nya. Dengan ini barulah minda anda akan berkembang. Jangan hancurkan potensi anda dengan mengikut telunjuk parti politik secara membabi buta. Berani lah untuk buat salah.

Mahasiswa masih belajar untuk berjuang. Salah sekali-sekala apa lah salah nya. Membuat kesalahan adalah salah satu proses untuk belajar. Apa yang penting adalah keberanian untuk melakukan kesalahan. 
Berani lah untuk mengeluarkan pendapat anda. Biar kan pendapat anda salah. Asal anda berani melontarkan nya. Jika anda salah, anda ditegur. Itu saja.

Oleh kerana anda adalah mahasiswa, peringkat anda ini anda bina lah keberanian untuk berfikir sendiri, bercakap sendiri, membuat sesuatu sendiri. Jangan takut untuk melontarkan idea anda. Takut-takut itu sikap golongan “pelajar”, bukan mahasiswa. Pelajar itu tempat nya di sekolah, bukan di IPT. Jika anda ingin menjadi pelajar, usah jejak kan kaki ke IPT.

Mahasiswa sekarang banyak berlindung di belakang parti politik. Hasil nya, jika parti politik memberi pendapat, maka gelabah lah mahasiswa untuk mencari alasan membenarkan pendirian tersebut. Malang sekali potensi yang ada sudah ditambat pada tunggul parti politik. Ada baik nya AUKU melarang mahasiswa dari menyertai parti politik.

Kita sudah ada lapangan perjuangan di kampus. Buat apa kita sibuk kan diri dengan parti politik. Masuk saja kelab atau persatuan di IPT. Aktifkan diri, tonjolkan bakat anda.
 Jika anda benar-benar berbakat, sudah tentu akan ada tempat untuk anda dalam parti.

Minda mahasiswa masih mentah. Masih banyak yang ada di dunia yang tidak dirasai oleh mahasiswa. Rasailah dulu semua idea di muka bumi ini sementara anda adalah seorang mahasiswa.
 Usah kecilkan skop pemikiran anda pada ideologi tertentu sahaja. 

Menjadi mahasiswa hanya untuk 5 tahun. Usah bazirkan masa ini dengan menjadi aktor di bawah arahan politikus. Bina pementasan anda sendiri, buat skrip sendiri, jadi pengarah sendiri. Biarkan ahli politik dengan permainan mereka. Kita sebagai mahasiswa main lah permainan kita sendiri. 
Lontarkan idea anda. Jadi golongan yang mengeluarkan idea, bukan golongan yang menghebahkan idea.