Saya memohon maaf kerana tidak dapat mengemaskinikan blog dengan segera. Terlalu banyak urusan lain yang terpaksa didahulukan justeru janji dan peneguhan kata lebih awal. Hari ini terlalu banyak diuruskan. Oh Pening dan penat aku di hari pertama kuliah.. Aku sungguh bersemangat hari ini.. Tepat pukul 5.30 pagi mataku terbuka dibuai mimpi.. Oh sakit mataku.. Telinga aku ni terngiang-ngiang bunyi bisikan musuh ketat manusia yg memujukku supaya tido lagi.. Ya AKU TEWAS tapi hanya 5 minit je.. Ku gagahkan diri bangun dan mencuci apa yg ada di diriku ini.. Terus bergegas ke surau.. Owh..sungguh tenang rasanya.. Ku sampai di fakulti tepat 8.05 pagi..Hehe walaupun bangun awal tetap lewat 5 minit.. Tapi besala lecturer besala xde.. Dari pkul 8.05 pagi smpila pkul 12 t/hari ku berada di fakulti. Owh penatnya.. Kan ku pegang kata-kata Dr. Amran Alias supaya bersungguh-sungguh belajar. Ya itu la pesanan dia first kuliah tadi.. Ya aku telah membazirkan 4 sem ni dgn sambil lewa.. 4 sem terakhir ni ku akn berjuang..Ya berjuang... Semangat!Semangat! Kuliahku bersambung smula start pkul 4petang-6petang.. Ya Numerical Method and Control Engineering.. Fuh memang mencabar.. First kuliah dah de assignment.. aDui... Huhu.. K la aku xmo merepek lagi.
Posted by
zaki
Pnah dgr cite semut dan Nabi Sulaiman.. Begini ceritanya…
Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.
Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaimana bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum?
Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezkinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezkinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadaku?
Ertinya, semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding ’jaminan’ manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan.
Moral of the story:
Kita kenalah bersedia walau apa pun cabaran.. Jangan malas2.. Jgn disangka kita akn sentiasa senang je.. Jangan terlalu yakin.
Bukankah kita telah diberitahu oleh Al Quran dan Al Hadis bahawa ujian daripada Allah adalah untuk meningkatkan keimanan kita? Dan ujian juga boleh meningkatkan tahap kebijaksanaan, kesabaran dan kekreatifan kita untuk menyelesaikan masalah. Pokok pangkalnya, apakah musibah ini menggugat keyakinan kita kepada Allah yang bersifat Al Wahhab (Maha Pemberi), Al Ghani (Maha Kaya) dan Ar Razzak (Maha Pemberi Rezki) misalnya?
Bagaimana pula kita kembali kepada Allah (raja’na ilallah) dalam menghadapi ujian ini? Apakah kita mula mendidik hati kita dengan sifat-sifat mahmudah bersumberkan akidah Islamiah?
Fikir-fikirlah dan renungkannya
Labels:
Agama
,
My Activities
2 comments:
semoga terus maju jaya.
=)
Salam...
Baik bos...
Teruskan usaha dalam menyelusuri baki-baki semester yang ada...
:)
Post a Comment