Pages

xde mood utk berblog...

Salam.. Mungkin pembaca di sini agk curiga.. tajuk dia atas tetapi penulis masih menulis..

Ya..mgkn selepas 2 minggu post ni barula post yg baru akn kua.. disebabkan kekangan masa dan bz dgn program yg amat berat..huhuhu.

Munkin disini ingin penulis memberi satu motivasi kepada diri penulis dan pembaca sekalian.. Bagaimana untuk kita bersemangat???

Apakah kekuatan yang boleh membakar daya juang untuk terus bersemangat pada ketika yang begitu genting dalam perjalanan hidup seseorang? Salah satunya:Jangan panjang angan-angan… Manfaatkan masa yang ada dan terus berkerja dalam waktu-waktu kritikal itu dengan segera. Kita tidak harus disusah-susahkan oleh angan-angan tentang masa depan yang jika dibayangkan pada masa sekarang akan membuat kita muram.

Hidup umpama membaca lembaran-lembaran dari sebuah buku yang sangat tebal. Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang mood untuk membacanya. Atau terlalu gelojoh hingga membacanya secara meloncat-loncat tanpa mengikut tertib muka surat.

“Sesiapa sahaja boleh membuat kerjanya, walau bagaimana berat, untuk satu hari. Sesiapa sahaja boleh hidup dengan riang, penuh kesabaran, kasih sayang, bersih, sehingga matahari jatuh. Dan inilah sebenarnya makna kehidupan.

1 comments:

ala..
jgn la tade mood weh.
apsal neh??