Pages

Owh.... Sungguh rindu


Assalamualaikum.. Akhirnya berjaya juga aku menulis utk post yg baru ini..

Jadi apa tajuk yg baru yg boleh kita kupas disini.. Jadi ingin ku berbicara berkenaan cinta dan rindu...

Apa itu cinta dan rindu??
Berbicaranya tidak akn lari dari soal hati dan perasaan..

Rindula... cintala.. kepada benda yang membawa kebaikan..
Nescaya kita akan berfikiran positif dan sentiasa gembira.. Barula hati itu sentiasa sihat..

Namun kalau kita rindu dan cinta kerana mengikut nafsu semata-mata..
Hancurlah hati kita.., tidak tenteram la kita dan kita sentiasa dilanda duka...

Mungkin kita boleh renungkan hadis ini;

Hadis Qudsi: Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.”
(Sahih Bukhari)
Sesungguhnya dengan mengingati Allah.. Hati kita akan tenang.. Rindula dan cintala hanya keranaNya.
Aku pun sekarang tgh rindu..
Rindu siapa??
Hehe..
Semestinya..
BASKETBALL!!!!
mENGAPA Basketball?? aku rindu samanya.. sudah lama tidak bermain.. agaknya sudah 6 bulan..
aku berkenalan dgnnya sejak dari darjah 5.. igt lagi bagaimana aku sanggup menghabiskan duit ke kedai POPULAR.. (bukannya membeli buku ilmiah.. tetapi membeli komik slamdunk)
dari buku itula aku meminati sukan ini.. Namun malangnya di rumahku agk susah utk aku mencari gelanggang bola keranjang. owh minatku terhenti seketika.. Mula aktif bermain futsal dr FORM 1 -FORM 3. Setibanya aku di MRSM Kuantan genaplah umur aku 16 tahun..
Ramai kenalan aku dapat di sana. Dan kebanyakkannya adalah dari negeri ku sendiri.. negeri Selangor.. terdapat kelompok rakan-rakanku yang berasal dari bangi.. Bangi?? Ya sebuah daerah yg memiliki universiti kebangsaan malaysia.. kebanyakkan mereka adalah anak pensyarah disana.
Rupanya baru ku tahu mereka tidak bermain bola..tetapi bermain Basketball!! Owh diriku amat teruja.. Dari sinila.. aku mula tidak bermain bola... tetapi bermain basketball.. waktu itu akula sharp shooter..sungguh seronok perasaannya membaling dan mendengar bunyi bola itu masuk ke dalam jaring.. Aku rindu perasaan ini.. kenal Dr.Fadzilah Kamsah?? Anaknya sebaya aku dan juga amat terer bermain basketball..
Inilah wiraku..Hee
Owh.. aku rindu saat ini..
aku rindu..
rindu dan rindu..
Ya Allah mogaku dipanjangkan ilmu
dan diberi peluang utk bermain sekali lagi..
Engkaula Maha Agung dan aku hanyala hambaMU.
moga diriku sihat.. Engkau makbulkanlah hasrat org yg kerdil ini..
Mogaku sentiasa mengingatiMu..
InsyaAllah..

1 comments:

aku rindu sangat sangat sangat sangat nak lari kat balapan.
kat stadium tuh!
adui.
memang hanya Allah sje yang tahu betapa aku rindukan larian di balapan.
tah bile aku dapat lari laju-laju lagi kat balapan tuh agaknye.
rindu!